Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Monday, May 23, 2016

#tips Barang dapur sayur tahan lama

Tak tahu nak letak title apa. Barang basah ada banyak pulak sayur halia kunyit ayam ikan itik bagai tu semua pun barang basah. Tips ini untuk barang basah yang letak kat bahagian sejuk bisa je ye, yang bahagian sejuk beku tu dah tentu memang tahan lama hahaha. Aku dapat tips ni kat group MAHN facebook. Since duduk rumah tinggi memang tak dan nak bercucuk tanam bagai, rumah sewa pulak tu. So barang basah memang kena sentiasa renew every week. Yelah serai kunyit bagai tu paling lama pun seminggu je aku rasa. Plus lagi teratur barang dalam peti ais tu. Ikea pulak jual bekas 14 beradik tu murah kemain! borong lah!



Cara dia simple sangat. Just bekas dengan tisu dapur yang bulat tu. Basuh barang dapur siap-siap. Cili tu kalau rajin buang tangkai dulu untuk tahan lagi lama tapi aku malas so aku pun tak buang tangkainya hahaha. Ambil tisu dapur lapikkan dalam bekas then letak lah barang dapur korang! Setel kan kan kan. Serai aku ni dah lebih dari 2 minggu ok, da sebulan kot. see? tak kering langsung! Cuma lapik tisu tu kena rajin tukar every week or every 2 week aje.

Dapat tahan dalam sebulan pun ok la kan? Sampai dapat gaji nak pi shopping next groceries hehe

Tuesday, April 26, 2016

#resepi Masak paprik!

Previous post aku cerita pasal produk Anjaad and ni satu resepi simple aku masak guna Anjaad. Resepi paprik Ayam. Macam pos berbayar je haha but not! Aku bukan blogger tegar pon, just sharing benda yang memudahkan kita.


Bahan-bahan ;
- Ayam potong kecil
- 4 ulas bawang putih hiris/ketuk
- 1 biji bawang besar hiris
- 1 cili merah hiris
- Cili padi ketuk (optional)
- Lobak hiris
- Kacang panjang patahkan (tapi ni aku guna kacang buncis)
- Tomato potong 4
- Sos tiram 2 sudu besar
- Sos tomato 2 sudu besar
- Kicap 2 sudu besar
- Sos cili 1 sudu besar
- Serai ketuk / Serbuk serai Anjaad
- Daun limau purut 4 helai / Serbuk limau purut Anjaad
- Setengah cawan air

Cara;
- Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
- Masukkan ayam. Masukkan serai / serbuk serai Anjaad 1 sudu kecil. Gaul seketika.
- Masukkan lobak, kacang panjang dan cili. Gaul.
- Masukkan sos tiram, sos tomato, kicap, sos cili dan sedikit air. Gaul.
- Masukkan daun limau purut / serbuk limau purut Anjaad.
- Perasakan dengan garam dan siap!

Mudah dan sedap! Laki aku ni aku masak paprik dia kata aku masak kicap pulak. ergh memacam! Abaikan daput tak cantik, tengoh tunggu dana nak beli baru ni hehehehe

#tips Serai, lengkuas, halia tahan 2 tahun? biar betul!

Eh betul la tu! Aku selaku housewife yang agak pemalas, semua benda nak simple, mudah, pantas dan sedap mestilah macam-macam benda aku cari untuk menyenangkan hidup! hahaha Anything hujung jari beb, kau tinggal scroll aje.


Produk bumiputera jenama ANJAAD. Duduk rumah tinggi ni celah mana la nak menanam kan. Beli benda basah macam ni sekali sebulan je, time bila nak guna dah kering layu di tasik madu. Maklumlah masak ikut mood hehe. Lelagi yang lengkuas tu, bukan selalu guna pun. Aku guna untuk buant daging dendeng je selalu pastu simpan la kering dalam peti ais tu. Anjaad ni tahan 2 tahun, ha apa lagi kau nak? Terus ajak husband beli, boleh je beli online tapi aku ni jenis tak sabar, malas nak tunggu posmen tekan loceng.

Aku beli yang aku akan guna je dulu halia, serai, lengkuas dengan daun limau purut. Lagi satu nak buat sup untuk Anaqi senang, aku tabur je benda alah ni. Setakat ni semua aku dah test kecuali lengkuas. Rasa dia actually not bad la, sama dengan yg betul! Udang kering tu ko buat untuk nasi goreng pergh sodap!


Aku beli dekat kedai Amazing Ayu kat Kampung Malaysia Tambahan, dekat dengan TBS tu je. Kedai ni macam-macam produk bumiputera dia jual dan owner dia kemain peramah, berborak je sampai naqi tolong stopkan dia cakap hehe. Aku test sambal hitam menangis tu jugak, podeh jugak la. Next aku nak beli Anjaad tu lagi dengan macam-macam la barang dapur kat situ, feeling surirumah rajin masak hahaha

Tuesday, April 12, 2016

#resepi Aiskrim strawberry + choki choki

Since join group 'masak apa hari ini (mahn)' kat facebook tu, macam-macam jenis makanan dengan petua aku belajar. Selalunya masakan yang simple je la aku buat dgn satu petua simpan barang basah dalam peti ais nak bagi tahan lama, nanti aku share. Memang selalu viral benda2 yang diorang share, one of yang paling best is aiskrim malaysia! Aku perati je aiskrim sumi la, nata de coco la, buah la, green tea la. Teringin nak buat tapi malasnye la hai aku nak bancuh bagai ni. Tapi ada sorang ni post senang gile die buat dan aku pun terus la ajak husband pi cari barang. Memang fenomena teruk sebab cari plastik aiskrim kat mydin abeh sold out!  Yelah tengah musim panas bahang ya amat ni seronoknye dapat hirup aiskrim sesuka hati bebila masa, nih cara aku buat

3 bahan ni aje! haha senang gile kan?
Plastik aiskrim
Choki-choki
Susu dutch lady strawberry (tuang dalam jug air, senang nak masuk plastik)
Potong choki tu masukkan dalam plastik dan picit laaaa
Lenyekkan choki tu, jangan lenyek nipis sgt sebab kang masa makan tak rasa pulak chokinya. 
Tuang susu dan ikat! Jangan tuang banyak sangat sampai susah nak ikat pulak. Satu kotak tu boleh dapat dalam 12 batang.
Masuk freezer dah beku kite ngap! haha buat masa malam la senang time anak dah tidur, esok pagi bangun terus makan aiskrim, tak senonoh betol. Sebelah kanan puree Anaqi, sebelah kiri puree mom and dad. fair and square hehe

Thursday, December 10, 2015

#resepi Ayam Masak Blackpaper

Bahan-bahan;
- Ayam 7,8 ketul
- 3 ulas bawang merah, hiris
- 2 uas bawang putih, hiris
- Sebatang kulit kayu manis
- 1 sudu kecil bunga cengkih
- 2 kuntum bunga lawang
- 1 sudu kecul buah pelaga (optional)
- 3 sudu besar sos cili
- 4 sudu besar sos blackpaper
- 1 atau 2 sudu besar kicap
- Kiub Ayam
- 1 sudu kecil serbuk Blackpaper (suka hati la nak banyak mana)
- Lobak, hiris bulat
- Cili masak, hiris

Cara ;
- Goreng ayam dengan kunyit separuh masak tapi aku goreng masak terus haha
- Tumis segala bawang dan segala rempah sampai naik bau.
- Masukkan lobak
- masukkan sos cili, sos blackpaper, kicap dan serbuk blackpaper. Masukkan air ikut nak kuah banyak mana. Masuk kiub ayam sikit.
- Perasakan dengan garam.
- Masukkan cili dengan ayam. Gaul gaul gaul dan siap!

Boleh tambah kentang kalau suka. Suami terus suruh simpan resepi ni kekeke sedap sangat lettew

#resepi Sandwich Daging dan Ayam / Lettuce Wrap

Alkisahnya suami tanya nak makan apa. Tekak aku rasa macam nak telan subway aje. Tapi dia kata " kenapa mum tak buat je?" terus aku jawab " iye jugak kan? Jom beli barang!" Dah kena masak padahal aku plan nak rehat kot haritu hahaha nasib sonang! Daging dengan ayam ni aku guna resepi yang sama. Boleh jadi sandwich, kebab or lettuce wrap.

 Bahan-bahan;
- Sebiji bawang besar, hiris
- Daging kisar / Daging hiris kecik / Ayam kisar / Ayam potong kecik (pilih la yang mana berkenan di hati)
- Sos cili
- sos blackpaper
- serbuk blackpaper
- Capsicum, potong petak dadu
- tomato kecil, potong empat

Cara;
*Ayam
- Tumis bawang besar sampai layu sikit pastu masukkan ayam dengan garam dengan serbuk blackpaper.
*Daging
- Masak daging sampai air kering, garing sedikit. Perasan dengan garam dengan blackpaper. Baru masukkan bawang besar.

- Masukkan sos cili 3 dalam sudu besar, sos blackpaper dalam 4 sudu besar.
- Masuk capsicum dengan tomato. Gaul gaul.
- Rasa lah kalau tak cukup pape tambah dan siap!


Buat lettuce wrap aje lg sedap, makan dengan roti cepat kenyang la.

#resepi Nasi Goreng Udang Kering

Sekarang entry resepi takda nak snap gambar bahan-bahan dah. Malas nak hahaha. Dengan nak mengejar anak bagai. Anaqi ekzema still on off, berpinau jaga dengan tak dapat tidur lagi. Tapi ni dah 4 malam dia ok tidur, nangis nak susu pastu boleh la tidur balik, takde menggaru sangat dah. Kalau tidak 2 3 pagi tu melayan dia sampai ke subuh, pengsan! Laa jauh tersasar dari tajuk.

Bahan-bahan ; 
- 2 1/2 nasi (Gaul garam ke nasi awal-awal ye)
- 4 biji bawang merah *
- 3 biji bawang putih *
- 15 biji cili padi *
- Setengah inci belacan*
- Segenggam udang kering * (Tumbuk last ok, jangan hancur sangat)
- Sayur (Aku guna lobak)
- Ikan bilis ( Optional, saja tambah aksesori)
- Sebiji telur (Optional jugak)
- Minyak ikan

Cara ;
- Goreng ikan bilis, put aside. Scrambled egg, put aside.
- Tumis bahan tumis sampai naik bau. 
- Masuk lobak.
- Perasakan dengan garam dan perasa.
- Masuk nasi, ikan bilis, telur. Gaul gaul gaul. Masuk minyak ikan dalam 1 sudu kecil. Perasakan kalau kurang rasa.
- Eh siap?

" Nak makan apa malam ni syg ". " Laa macam biasa la favourite dad, nasi goreng! " Ahaha dah paham dah laki aku ni, kalau malas kita makan nasi goreng je eh.

Wednesday, November 18, 2015

#resepi Sambal Tumis Lala

Ok, marathon upload resepi harini sementara Anaqi tengah tidur. Malam tadi dia demam sebab kena  injection 5 bulan semalam. Dengan aku sekali tak boleh tido. Ni dia tengah tidur, baik aku upload cepat dan aku pun nak tidur kejap lagi! haha! Nah nah resepi favourite jugak nih! Rindu kat mak masak so buat lah sendiri, sama ke tak rasanya ntah la. Sdap je aku rasa. One thing yang aku suka masak seafood ni sebab dia ada rasa tersendiri, no need to risau sangat lah, dah tentu sedap wala wala

Lala 500gram,
3 ulas bawang merah, tumbuk
2 ulas bawang putih, tumbuk
setangkai cili merah, tumbuk
15 tangkai cili padi, tumbuk
serai, diketuk
daun kunyit (optional, bagi wangi)
sos tiram

Cara ;
- Tumis bahan tumbuk sampai naik bau dan masukkan serai.
- Perasakan dengan garam dan perasa.
- Masukkan sos tiram, masukkan satu sudu kecil dulu, kalau rasa macam tak umpphh tambah lagi satu sudu kecil. Masukkan air sedikit. Sikit aje tau! Sebab nanti lala keluarkan air jugak.
- Masukkan lala, gaul bagi sebati dan tutup kuali dalam  3 4 minit gitu.
- Masukkan daun kunyit, tutup kuali dalam seminit dua dan siap!
- Mak kata kalau nak tau lala tu dah masak ke belum. Bila lala tu semua terbuka maknanya dah masak la tu. Kalau ada yang tertutup je tu big prabability kosong, tak elok atau lumpur je dalam tu.

Tengok gambar rasa macam nak buat lagi pulak hehe

#resepi Sayur Goreng Tempura super easy peasy



Kenapa super easy eh? sebab guna tempura express! haha takyah nak bancuh tepung beras bagai. Tapi seriously tepung tempura nona ni memang sedap buat goreng. Tepung ni serbaguna boleh untuk seafood and meat! Tapi aku guna untuk sayur sahaja. My favourite vege is peria katak dengan brokoli! Also kobis bunga tapi lupa nak beli pulak. Selalu makan sayur goreng tepung ni kat restoran mamak aje, tapi tak berapa nak best la sebab minyak diorang tu recycle banyak kali kan. Not healthy at all! Buat kat rumah guna la minyak sayur ke, canola ke. Kalau kau kaya bebenor guna la olive oil.

Below gamabr aku dah siap goreng, sedap buat kudap-kudap jugak. Rangup sesangat lelagi peria katak tu. Masa bancuh tepung tu jangan cair tau, buat likat-likat, kalau cair tak rangup nanti. Ok dah


#resepi Sup Cendawan

Cendawan tiram, ceraikan
2 biji kentang, potong dadu besar
sebiji telur
 Seinci halis, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
3 tangkai cili padi, hiris hujung je
Satu sudu besar tepung jagung, campur dengan suku cawan air
kiub ayam 

Cara ;
- Tumis halia dengan bawang putih sampai naik bau.
- Masukkan kentang dengan air sampai kentang tenggelam. Tunggu sampai mendidih.
- Masukkan kiub ayam, garam satu sudu kecil dengan cili. Rasa lah kalau x cukup pape tambah ajelah.
- Agak kentang dah nak empuk tu, masukkan cendawan. Kacau lah dalam seminit dua.
- Pecahkan telur dalam sup, biarkan dalam seminit baru kacau, kalau tak nanti sup keruh.
- Last masukkan air tepung jagung tadi. Kacau je sampai kuah macam dah likat tu maknanya setel!

Kebetulan pulak time masak sup ni tengah hujan lebat pulak kan, memang perfect timing!

#resepi Nasi Goreng Telur

Masakan favourite, nasi goreng lagi! haha lantak la kau asal kenyang kan. Resepi untuk 2 1/2 pot nasi.

2 1/2 pot nasi
marjerin
3 ulas bawang merah, tumbuk
2 ulas bawang putih, tumbuk
cili padi, hiris nipis (sukahati banyak mana)
udang kering, 2 sudu besar gitu
tiga biji telur
serbuk lada hitam,
sayur (optional)
sos ikan (optional)
Cara ;
- Gaulkan 2 sudu besar marjerin dan 2 sudu kecil garam kat nasi.
- Tumis bahan tumbuk sampai naik bau, pastu masukkan udang kering dengan lobak. Perasakan dengan garam dan perasa.
- Ketepikan sikit bahan tumis dalam kuali tu. Pecahkan semua telur dalam kuali, biar dalam seminit camtu pastu scramblekan then campur dengan bahan tumis tadi.
- Masukkan nasi, sawi dengan cili padi. Gaul gaul gaul!
- Masukkan lada hitam sikit-sikit sesedap rasa
- Sesambil masuk lada hitam tu, perasakan lah guna dengan garam, perasa dan sos ikan sampailah kau puas hati hehe

Siap! setakat ni semua nasi goreng aku tidak mengecewakan bak kata suami hahaha

Monday, October 19, 2015

#resepi Sambal tumis sardin

Haa lauk favourite masa belajar kolej dulu. Sape je yang tak masak sardin masa belajar. Tumis bawang hiris dengan cili pastu campak sardin! senang! Tapi tu mudah sangat laaa Kreatif sikit masak bagi nampak mahal even sardin satu tin tu dah memang mahal sekarang ni. Nak masak sardin ni kena guna kuali bertutup so terpaksa la aku guna periuk baru yang orang bagi masa kahwin dulu, kalau tidak habis bersepai dapur aku. Bahan tumis dia pun tumbuk lagi sedap daripada blender. Lagi umphh

Sardin tin besar punye! hehe
3 ulas bawang merah, tumbuk
2 ulas bawang putih, tumbuk
Cili padi, tumbuk (ikut suka berapa banyak)
Cili boh (optional kalau tak nak guna banyak cili padi)
Bawang besar, hiris
Tomato
Kentang, hiris
Cara;

  • Goreng kentang, ketepikan.
  • Asingkan ikan sardin dengan kuahnya. Goreng ikan sardin tu, make sure tutup la periuk tu sebab dia punya letup kemain gah! Nak terbalikkan ikan tu pun, ko tutup api dulu pastu baru terbalikkan haha dan ketepikan jugak
  • Tumis bahan tumbuk. Masuk cili boh bila dah naik bau, kalau guna lah. Aku tak gunakan masa masak ni sebab 15 biji cili pun dah podeh. Masuk asam keping.
  • Perasakan dengan garam dan perasa.
  • Masukkan bawang hiris. Masukkan kuah sardin tadi tapi guna separuh je ok. Lagi separuh boleh campak ke sinki
  • Masukkan kentang, tomato. Gaul-gaul bg tomato lembik sikit pastu masukkan ikan sardin! Gaul dan siap!
Minyak terlebih pulak haha takpe janji laki kata sedap. Plus telur dadar lagi peerrgghh

Sunday, October 18, 2015

#resepi Sambal kentang dengan telur

Resepi yang aku upload semuanya jenis simple sebab aku memang tak suka masak benda payah macam kari ke ape ke yang guna banyak bahan. Benda payah ni selalunya masak sebulan sekali je kot haha punyelah pemalas. Bukan ape la kan, Dulu aku punye lah pening nak masak apa je hari-hari tapi husband aku bukan suka pun aku masak macam-macam jenis. Yang bergoreng jugak yang die dok berkenan contohnya ayam goreng lah! favourite sepanjang zaman dia tu. So tak boleh nak salahkan aku kalau aku tak reti masak rendang lagi ahaha

Dan sekarang dah ada baby. Dapat pulak jenis clingy, memang selalu aku masak lunch memang akan dokong Anaqi sekali lah. Ada sekali carrier tinggal dalam kereta, terpaksa lah aku dokong gitu aje sambil masak. Huuuu lenguh woi pastu kan dah termasin lauk! haha mak-mak jelah yang paham cemane, nak tengok dia nangis je tak sampai hati so kita makan jelah lauk masin tu ahaha Dah panjang bebel meh tengok resepi!

2 ulas bawang merah, tumbuk
seulas bawang putih, tumbuk
cili padi , tumbuk (sekati la nak banyak mana)
2 biji telur
2 biji kentang, potong leper
Cili boh
Cara;

  • Buat scrambled eggs, ketepikan.
  • Goreng kentang, ketepikan.
  • Tumis bahan tumbuk, lepas dah agak masak masukkan cili boh 4 sudu besar. Ikut sedap tekak lah nak pedas mana. Ikut hati nak semua cili padi tapi laki i muntah pulak makan nanti haha
  • Masuk asam keping.
  • Perasakan lah dengan perasa dan garam pastu masukkan telur dan kentang. Gaul sampai kau puas hati.
  • Peh sonang! siap!
Makan dengan nasi panas plus kicap. Peh sodap woi

Thursday, October 8, 2015

#resepi Tomyam mudah cepat sedap lazat hinggap menghirup mangkuk

Haaa kemain caption post aku kali ni. Haha menunjukkan betapa mudahnya masak tomyam ni. Aku masak semua benda yang senang-senang je. Yang susah-susah campak tepi haha. Resepi ni untuk 4 5 orang boleh tapi macam biasa lah aku masak untuk berdua je, perut suami je dah makan untuk 3 orang haha

Seulas bawang merah, hiris
Seulas bawang puthi, hiris
Cili (aku hiris panjang je tapi jangan sampai putus la)
Serai, ketuk
3 4 helai daun limau purut
Sebiji limau nipis
Sayur (aku guna lobak dengan kobis bunga je)
Cendawan (optional)
Bahan basah (nampak kan aku guna ayam? haha)
Perencah tomyam (aku guna knorr)
Cara;

  • Tumis bawang merah dengan bawanh putih sekejap pastu masukkan ayam dan gaul-gaul la sekejap jugak. Masukkan serai dan air sampai tahap ayam tu tenggelam. Tapi jangan la byk sangat air tu, kang nak masuk benda lain, melimpah pulak supnya. Biarkan sampai sup memdidih.
  • Bila sup dah mendidih, masukkan cili. Masukkan perencah tomyam (aku guna dua peket, more pekat more merrier! haha) perah limau nipis dan masukkan daun limau purut. Biarkan seketika.
  • Masukkan kobis dan lobak. Perasakan dengan garam. Nak tambah perasa pun boleh. Ikut lah sedap tekak nak masin mane.
  • Bolehlah masukkan cendawan pulak, around 2 minit kacau-kacau tomyam tu then siap!
Tak senonoh punya perangai kau hidang terus dari periuk tu? Haha senang lah nant nak preheat, suami pun relek je asal perut kenyang makan iye idak sayang. Sedap bila sup ni dah sejuk sikit sebab sup tu dah meresap betul dalam ayam

Thursday, October 1, 2015

#resepi Cendawan goreng kunyit

Cendawan tiram, ceraikan
Sebiji telur
Serbuk kunyit
Bawang kecik @ bawang besar, hiris
Cili potong kecil-kecil
Cara ;

  • Buat scrambled egg,then ketepikan
  • Tumis bawang dengan cili sampai bawang caramelized, boleh add garam dengan perasa sikit
  • Masukkan Cendawan dan serbuk kunyit (setengah sudu kecil). Gaul sampai sebati or sampai air cendawan kering sikit
  • Masukkan scrambled egg tadi, gaulkan dan siap!
here my version! laki bini memang gile cendawan, masak le apa je

#resepi Kailan goreng ikan masin

Sayur kailan, asing sayur dengan batang
2 ulas bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
ikan masin basah tenggiri, potong empat camtu
cili merah, hiris
sos ikan
sos tiram
perasa
Cara ;

  • Tumis bawang merah dan bawang putih sampai naik bau, masukkan ikan masin, batang kailan dan air sedikit
  • Masukkan sos tiram (satu sudu kecil), masukkan sos ikan (sesedap rasa kau la) hehe. Tambah perasa sikit
  • Masukkan sayur kailan dengan cili hiris. Gaul dan siap! No need garam sebab ikan masin tu kan dah masin. Kalau kurang rasa topup sos ikan dengan perasa. Kalau kurang jugak rasa baru la mintak tolong dengan garam haha
Here my Kailan ikan masin! Favourite semasa berpantang

Monday, September 28, 2015

#resepi Spaghetti Bolognese pedas tak berapa pedas

Aku tak tahu nak letak nama apa spaghetti ni ahaha sebab niat nak buat pedas tapi takde la pedas mana pun aku rasa. Dapat suami tak makan pedas ni, ish kena control dah tahap kepedasan masakan. Resepi ni aku dapat dari hasil google tapi lupa kat blog sapa, hambik la credit untuk tuan empunya resepi. Tapi aku ada topup jugak bahan-bahan lain, so its officially my recipe! Ni resepi untuk satu botol sos kimball tu, around 6 7 orang kot boleh makan tapi aku makan berdua je ahaha

Spaghetti (rebus siap-siap, letak sikit minyak or marjerin masa rebus tu supaya spaghetti tak melekat)
Daging cincang
Sebiji bawang besar (potong dadu)
5 biji bawang putih (tumbuk)
Cili boh (aku guna 3 sudu besar, nak pedas tambah la lagi. Dapat cili padi potong kecik pun sodap)
tomato (potong dadu)
Cendawan butang(potong leper-leper tu)
Tomato puree
Sos Spaghetti bolognese (aku guna kimball)
Mixed herbs, oregano sahaja pun ok (jangan kau guna yang untuk buat kari tu pulak)
Serbuk lada hitam

Tumis bawang besar sampai kekuningan, masukkan cili boh. Bila cili boh dah masak, naik minyak gitu bolehlah masukkan daging pulak. Tunggu sampai daging dah masak (air daging dah agak kering). Nak masuk garam sikit pun bole masa ni.
Masukkan cendawan, gaul sekejap then masukkan tomato puree dengan tomato potong dadu, Masukkan bawang putih tumbuk. Nak masukkan extra ingredients macam capsicum pon nice juga. Gaul dan gaul dan gaul la sampai tergaul ye
Pastu masukkan sos spaghetti. kalau masam sangat boleh tambah air ok. Perasakan juga dengan lada hitam dan mixed herbs, sukatan ikut sukahati awak la nak banyak mana. Kalau aku memang suka herbs banyak. Biarkan mendidih lama sikit then siap!
Boleh dihidang untuk yang tersayang

Monday, September 14, 2015

#resepi Ikan Pekasam

Masak pekasam pon kau nak post ke lean? Haa mestilah! favourite sepanjang zaman ni, rugilah sape tak reti makan tu termasuklah laki aku tu. Sanggup letak pekasam ni kat hujung meja haha boikot habis! Banyak stok ikan pekasam mak aku beli, asalnya untuk aku masa berpantang haritu tapi aku caeser pulak so tak berani nak makan. Beli dari Kedah, sedap gile! Ni cara aku masak

Ikan Pekasam Lampam (aku memang suka ikan lampam ni, ikan lain kurang)
Bawang hiris
Cili padi potong kecil-kecil
Limau nipis
Cara dia;
- Goreng la ikan tu. Ada cara jugak goreng ikan pekasam ni haha pro pekasam! minyak jangan banyak dan goreng Dalam dua minit sudah. Ikan pekasam  mana boleh goreng garing, hilang nikmat! 
- Lepas dah goreng ikan, tumis la pulak bawang dengan cili tu. Aku tambah sikit garam dengan perasa. Agak-agak bawang dah caramelize tu campak ikan dalam tu dengan gaul sebati.
- Lepas angkat letak dalam pinggan teruslah perah limau. Jangan perah time ikan dah sejuk, hilang nikmat! haha
Tengok gambar pun dah terliuq bak hang!

Saturday, September 12, 2015

#resepi Nasi Goreng Cendawan dengan Telur

It can be nasi goreng cendawan or nasi goreng telur or both. Tibai la memana asalkan sedap boleh dimakan. Masak untuk dinner sebenarnya ni sebab aku jarang masak lunch pun, husband kerja kan. Malas dan tak sempat pun dengan jaga baby lagi. terkejar-kejar la sebab Anaqi jenis tak suka tidur and kalau tidur pun kejap je. So selalu masak dinner jelah untuk husband i ni makan haa. Meh tengok resepi

Resepi ni untuk 2 1/2 pot nasi so korang pandai la agak-agak iye,
Nasi (gaul dengan garam siap-siap ye)
3 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih (tumbuk)
Dua biji telur
Cili kering (potong kecil, tukar cili padi lagi terbaik woo)
Cendawan yang dah diceraikan
Ayam potong kecil-kecil (suka hati lah nak guna bahan basah apa pun, tak guna pun takde dosanye haha)
Sayur ( suka hati awak jugak lah nak guna sayur apa, sekali lagi tak dosa kalau tak guna)
Sos tiram
Sos ikan
Perasa, garam, serbuk lada hitam
Minyak bijan
 Cara dia;
- Tumis bahan tumbuk dan masukkan bahan basah
- Tolakkan bahan tumis tepi sikit pastu pecahkan telur buat scramble. Tapi aku lagi suka buat scrambled egg ni asing sebab pada aku kalau campur dengan bahan tumis nanti telur serap bahan tumis tu so kurang la rasa rencahnya. Kalo scramble telur asing nanti bila masuk nasi masuk la sekali telur tu tapi suka hati awak lah nak camne pun
- Masukkan pulak cili kering dengan cendawan. kalau kau guna sayur yang keras macam lobak ke kacang panjang ke, masukkan sekali masa ni iye
- Tuang sos tiram anggaran satu sudu besar gitu, sos ikan satu sudu kecil gitu
- Masukkan nasi dengan sayur. Sebatikan nasi dengan bahan tumis
- Perasakan la dengan perasa, garam dan lada hitam. kalau kurang rasa tu just tambah bahan-bahan ni je plus sos ikan.
- Bila dah puas hati dengan perasa tu tuang minyak bijan. Sikit je ye! Dalam 3 4 titik macam tu, kalau terlebih maka dapatlah Nasi Goreng Bijan.

Here my version! Suami tambah berpinggan-pinggan hehe

Friday, September 11, 2015

#resepi Roti Sosej Roll

Yeah resepi bertuah sebab its's the first recipe to be share here. Boleh buat untuk breakfast or hi-tea tapi aku selalu buat untuk breakfast je. Orang kaya sangat nak hi-tea bagai kan. Meh sini tengok 

Bahan-bahan dia simple je lah kan. Telur sebijik, tepung yg da campur air sikit, sosej potong tiga pastu goreng ke rebus ke sukahati awak-awak la ye, last roti potong dua pastu penyekkan dia!
Lepas dah siap goreng sosej tu, mulakan lah aktiviti rolling merolling. Calit la tepung kat hujung sikit sebagai agen pelekat gitu haa
Dah Habis roll, celupkan lah roti tu dekat telur sebelum goreng. Aku guna sebijik je telur cukup untuk 10 - 12 roll roti. Celup nipis-nipis aje. Api dapur tu jangan lah kecik benor, nanti lagi banyak roti tu serap minyak. Nak sihat gunalah olive oil, tapi i guna minyak sayur aje. Tak mampu la nak goreng benda bebanyak guna olive oil.
Dan Tadaaaaa Siap! Boleh lah makan bersama suami dan anak tersayang. tapi anak boleh tengok jelah sebab baru 3 bulan umur hehe