Sunday, September 13, 2015

#wedding - Halal selepas 6 tahun

Patutnya post ni dulu baru la post pasal pelamin. Tapi lantak la situ hehe. For those yang kenal aku mesti dah tau dah dan dah sebati dah dengan joelean. Kalau nampak aku, mana joe? kalau nampak joe, mana lean? Kami in relationship since umur aku 19, now dah 26. Macam couple lain-lain jugak, pernah je gaduh, ada orang ketiga, putus sekejap dalam sebulan camtu. Tapi dah jodoh kot, rasa macam tak complete je kalau tak dengan dia. Kenal dengan dia masa masuk belajar ambil sijil KKHL. Pastu aku follow dia sambung diploma kat KPTM KL. Gigih sungguh terus daftar sambung diploma padahal masa tu tengah final exam KKHL. Sayang punya pasal kan? hehe Masa dah habis diploma memang plan nak kahwin tapi rezeki takde lagi. Sampai joe tension aku asyik tanya pasal kahwin aje. Tapi Allah nak tolong kita dirikan masjid, joe dapat rezeki lebih terus aku cakap "duit ni kita buat nikah" tu yang takde tunang bagai tu. Preparation semua aku buat sendiri, kebetulan masa tu raya so sekalikan aje dengan open house raya, bertambah jimat! Nasib side family aku ok, ala makcik-makcik yang bising mengata membebel tu kita campak tepi sebab tak membantu langsung. Ada tau makcik aku pi tonjol kepala aku sebab takde bilik pengantin, memang terasa nak menangis tapi tahan je. Sejak bila bilik pengantin masuk syarat sah nikah? Aku pentingkan yang wajib aje, nikah ni untuk memudahkan kita bukan menyusahkan. Bear in mind.
Aku akan post review satu-satu preparation yang aku buat, InsyaAllah ingat lagi even dah setahun berlalu haa. Boleh la kalau bakal-bakal pengantin nak buat guide untuk majlis korang!

see, one khemah only! jemput orang taman dengan kawan rapat aje

Bunga telur dengan pelamin! review pelamin dekat previous post eh
Make up pun aku diy yep! mak andam depan tu prop aje haha
They are just arrived, lewat setengah jam! tok kadi dah dok menungu dah. Aku pulak tension
Dorang lah tolong aku jadi wakil family joe. Mana family joe jangan ditanya lah


Si puteh tiba-tiba buat terjunan mengejut kat depan tok kadi, sampai melatah tok kadi tu hehe
Sah? Sah! Sah! Sah! Alhamdulilah
Ntah la kenapa aku suka buat weird face, turun ke anak lak tu habit nih


Puasnya hati dapat kahwin! kakakakah
Makcik-makcik taman
Kawan since sekolah rendah aka geng PROSTAR!
BFF aka Bridesmaids yang tak berapa nak maid
BFF  forever and ever with our husband
Ayah kawan togo jadi wakil joe, thank you sangat-sangat
BFF KKHL, dua ni la yang terbaik haha
Kawan KPTM
Dan a half of my Le Fimilia! Tangan nenek kat tengah tu macam posing nobody but you!
OK setel dah nikah. Nanti aku review segalanya termasuk veil yang tak seberapa tu ahaha

No comments:

Post a Comment