Tuesday, November 10, 2015

#diy Pelamin Berendoi Johan Anaqi

Aku memang suka buat benda semua sendiri. Walaupun kekadang menyusahkan tapi puas hati oi! Budget pun still under lagi. This time aku still menyewa dari tempat yang sama masa aku DIY Pelamin nikah dulu dekat Your DIY Projet Supplies . Ada jugak isu-isu yang berlaku haha! Aku boleh lupa kedai dia tutup hari Jumaat, Maghrib Khamis tu orang tu call tanya bila nak amek barang sebab kedai tutup pukul 8 malam! Masa tu pukul 7.30 haha dah haru joe pergi drive macam orang gila dengan hujannya ambil barang kat Sungai besi nun. Nasib sempat tapi kesian la Laki aku tu, kete break down otw nak balik tu. Kesian di basah kuyup. Rasa bersalah sangat aku, dia balik tu terus aku salam cium tangan mintak maaf. Ahahaha #tipsrumahtanggabahagia

Ni model cilik kecik cinonet ni haha! Aku nak snap gambar pelamin, tetiba dia dok masuk posing muka innocent gitu, Nak suruh ketepi tak sampai hati pulak rasanya hehe nasib comel tau Nana!
The one and only gamba pelamin yang full view. Nasib baik ada haha! Maklumlah kita tak hire photographer la. Cincai boncai budget seluruh pelamin ni around rm200++ only :) Yang buat mahal pun sewa buai berendoi dengan kapet rumput tu dah rm160. Meja coklat tu sendirian berhad, kelapa beli kat kedai buah, bunga rampai ihsan daun pandan  dan bunga jiran haha! Bekas bunga rampai recycle bekas coklat hantaran abang. Haa itu pun nak include sekali kan hehe. Frame gambar beli kat kedai ala-ala DIY kat Metro Point, Kajang. rm15.90 aje.  Ok yang penting backdrop tu my my my idea! Puas menggoogle, jumpa la satu design ni so buat lah inspired. Bunga tu belajar kat youtube, super duper senang! Semua tu guna crepe paper sahaja, aku beli dekat kedai buku Czip Lee, Kajang. Sehelai 50sen. Aku beli banyak aroung rm50 jugak la tapi banyak berlebih pun kertasnye haa banyak guna kaler putih je untuk buat bunga tu. Untuk lekatkan semua ni aku just guna double sided tapes yang nipis dan tebal, tampat kat dinding tu guna yang nipis aje, nak tanggal pun senang, tak rosakkan dinding :) Alhamdulilah ramai puji cantik, hehe kembang sekejap. Customer pun dah dapat sorang haa awal benor die book ahaha
Cantik kan backdrop mom buat untuk pelamin berendoi Anaqi kan? cantik kan? cepat cakap cantik!  kalau tak mom taknak angkat Naqi dari buai! love u Anaqi :)

No comments:

Post a Comment