Monday, December 21, 2015

#parenthood The 6 month old Anaqichan!

Haa baru ada masa nak update, tu pon thru hp sambil menjaga si kecik anaqichan ni. Seriously aku ingat makin besar makin senang, but oh no no no makin letih tak cukup tidur tak cukup rehat tak cukup makan. Lelagi naqi kena ekzema, triple the letih! But he made so many progress masa 5 month. Atleast terubat lah sedih aku.

Masa 4 month tu dia da sebuk nak merangkak tapi x bergerak la static je setempat haha. Tp masa 5 bulan 2 minggu gitu dia dah fully merangkak, kemain laju lagi dia. Bagus la, takde la kotor baju dia dok mengesot mop lantai haha! Dah merangkak tu pakej lah sekali dengan memanjat. Segala benda yang boleh capai memang dia panjat, kaki aku dengan suami pun menjadi stok tempat dia memanjat. Dah berapa puluh kali dah jatuh terantuk bagai, hati kering punya budak. Tapi aku seronok tengok dia camtu, still aktif.

Pergi check up 6 bulan, berat dgn tinggi statik langsung tak naik tak turun sama macam 5 month punya. Nurse kata sebab aktif tu yang berat tak naik tp still normal. Takpelah Alhamdulilah sayang. Lepas check up bawa naqi pergi jumpa pakar dekat Global Allergy Centre, doktor cakap Anaqi allergi susu lembu dengan soya. Patut lah hati aku berat sangat nak bagi naqi susu soya, bagi dalam seminggu camtu je badan naqi naik merah pastu tak suka la soya bau busuk! Hilang bau bucuk original Anaqi! Hish tak suka! Doktor suruh test susu hypoallergenic tu tapi aku macam nak stick dengan karihome sebab sesuai dengan naqi. Nak buat allergy test tapi nurse tu tak dapat nak cari nadi naqi untuk ambil darah, kena tunggu besar sikit. Sian anak mom nangis2 kena cucuk.

Anaqi pun dah pandai sit on his own. Kemain aku haritu nak beli nursing pillow untuk support naqi duduk, padahal die relek je duduk sendiri takyah letak bantal apa. Selamat duit joe haha. Tapi dah pandai duduk pun naqi taknak duduk kat high chair kalau pergi makan luar :( dia cepat bosan laaa dalam 5 10 minit gitu mula la menjerit-jerit minta dokong. So bergilir la aku dengan joe bawak naqi berjalan. Harapan nak makan dengan aman terpaksa lah ditunda lagi sampai bila pun tah tahu.

And one more thing yang aku dengan suami paling bengang adalah Anaqi dah pandai tantrum! Ergghhh geram! Susu lambat sikit dia punya marah pun macam setahun tak dapat susu. Kalau tak nampak orang pun dia bising! Kena la dok melayan dia je. Sampai aku tak sempat langsung nak masak, rindu nak makan nasi berlauk sebab asyik makan luar je. Suami kesian kat aku penat, sampai aku pulak kena merayu kat joe yang aku nak masak kat rumah, taknak makan luar!

Anaqi dah start solid food, aku bagi awal 2 minggu sebelum nak masuk 6 bulan sebab dia dah qualified. Tp aku tak bagi hari-hari sebab nak detect apa yang dia alergi. Hmm payah jugak tapi sabo jelah hati. Bahagian dugaan aku dengan suami.

Mom harap Anaqi bagi banyak lagi progress ok sayang! Buang alergi tu! Hehe and semoga semakin sihat dan aktif. Tumbuh gigi cepat!

Thursday, December 10, 2015

#resepi Ayam Masak Blackpaper

Bahan-bahan;
- Ayam 7,8 ketul
- 3 ulas bawang merah, hiris
- 2 uas bawang putih, hiris
- Sebatang kulit kayu manis
- 1 sudu kecil bunga cengkih
- 2 kuntum bunga lawang
- 1 sudu kecul buah pelaga (optional)
- 3 sudu besar sos cili
- 4 sudu besar sos blackpaper
- 1 atau 2 sudu besar kicap
- Kiub Ayam
- 1 sudu kecil serbuk Blackpaper (suka hati la nak banyak mana)
- Lobak, hiris bulat
- Cili masak, hiris

Cara ;
- Goreng ayam dengan kunyit separuh masak tapi aku goreng masak terus haha
- Tumis segala bawang dan segala rempah sampai naik bau.
- Masukkan lobak
- masukkan sos cili, sos blackpaper, kicap dan serbuk blackpaper. Masukkan air ikut nak kuah banyak mana. Masuk kiub ayam sikit.
- Perasakan dengan garam.
- Masukkan cili dengan ayam. Gaul gaul gaul dan siap!

Boleh tambah kentang kalau suka. Suami terus suruh simpan resepi ni kekeke sedap sangat lettew

#resepi Sandwich Daging dan Ayam / Lettuce Wrap

Alkisahnya suami tanya nak makan apa. Tekak aku rasa macam nak telan subway aje. Tapi dia kata " kenapa mum tak buat je?" terus aku jawab " iye jugak kan? Jom beli barang!" Dah kena masak padahal aku plan nak rehat kot haritu hahaha nasib sonang! Daging dengan ayam ni aku guna resepi yang sama. Boleh jadi sandwich, kebab or lettuce wrap.

 Bahan-bahan;
- Sebiji bawang besar, hiris
- Daging kisar / Daging hiris kecik / Ayam kisar / Ayam potong kecik (pilih la yang mana berkenan di hati)
- Sos cili
- sos blackpaper
- serbuk blackpaper
- Capsicum, potong petak dadu
- tomato kecil, potong empat

Cara;
*Ayam
- Tumis bawang besar sampai layu sikit pastu masukkan ayam dengan garam dengan serbuk blackpaper.
*Daging
- Masak daging sampai air kering, garing sedikit. Perasan dengan garam dengan blackpaper. Baru masukkan bawang besar.

- Masukkan sos cili 3 dalam sudu besar, sos blackpaper dalam 4 sudu besar.
- Masuk capsicum dengan tomato. Gaul gaul.
- Rasa lah kalau tak cukup pape tambah dan siap!


Buat lettuce wrap aje lg sedap, makan dengan roti cepat kenyang la.

#resepi Nasi Goreng Udang Kering

Sekarang entry resepi takda nak snap gambar bahan-bahan dah. Malas nak hahaha. Dengan nak mengejar anak bagai. Anaqi ekzema still on off, berpinau jaga dengan tak dapat tidur lagi. Tapi ni dah 4 malam dia ok tidur, nangis nak susu pastu boleh la tidur balik, takde menggaru sangat dah. Kalau tidak 2 3 pagi tu melayan dia sampai ke subuh, pengsan! Laa jauh tersasar dari tajuk.

Bahan-bahan ; 
- 2 1/2 nasi (Gaul garam ke nasi awal-awal ye)
- 4 biji bawang merah *
- 3 biji bawang putih *
- 15 biji cili padi *
- Setengah inci belacan*
- Segenggam udang kering * (Tumbuk last ok, jangan hancur sangat)
- Sayur (Aku guna lobak)
- Ikan bilis ( Optional, saja tambah aksesori)
- Sebiji telur (Optional jugak)
- Minyak ikan

Cara ;
- Goreng ikan bilis, put aside. Scrambled egg, put aside.
- Tumis bahan tumis sampai naik bau. 
- Masuk lobak.
- Perasakan dengan garam dan perasa.
- Masuk nasi, ikan bilis, telur. Gaul gaul gaul. Masuk minyak ikan dalam 1 sudu kecil. Perasakan kalau kurang rasa.
- Eh siap?

" Nak makan apa malam ni syg ". " Laa macam biasa la favourite dad, nasi goreng! " Ahaha dah paham dah laki aku ni, kalau malas kita makan nasi goreng je eh.

Thursday, November 26, 2015

#parenthood Anaqi dan Ekzema

Last two weeks, sehari sebelum Anaqi masuk 5 bulan 15/11/2015 badan Anaqi naik ruam kat kepala dengan muka. At first aku rasa tu just ruam panas sebab kepala Anaqi memang panas. Tido pun kerap bangun merengek. Makin hari makin banyak pulak ruam dia. Kalau ruam biasa selalu aku sapu oil lavendar tropika tu je, memang ruam dia surut dalam 2 3 hari. Tapi yang ni makin naik, dan naik jugak lah kerisauan aku dengan suami. Masa tu badan dia takde pun naik ruam ke apa. Hari rabu pergi check up 5 bulan Anaqi, nurse kata ni ruam panas ni. Pastu terus la pergi jumpa doctor, dia cakap ni maybe one of ekzema, elergi sabun. So kami pun terus stop mandikan Anaqi guna sabun, just air suam je. Doctor ada prescribe dua cream tapi 2 kali je aku sapu kat Anaqi. Memang aku was-was sungguh nak sapu cream tu sebab Anaqi baby lagi! Aku buat research yeah betul, krim tu ada steroid which is memang cepat elok tapi in long term x elok, dia menipiskan kulit, redness tu akan jadi lagi, kulit kering dan kulit akan ketagih dengan steriod tu kalau guna lama! Thanks God, aku just guna 2 kali sahaja.


Ni masa baru-baru Naqi kena ruam. Dia tumbuh sikit-sikit, tu aku ingat just ruam biasa and ruam susu aje.

Pastu makin lama, wuaaaa macam kulit terbakar salah pakai skincare tau tak! Teringat masa aku terlebih sapu kayu manis tu, camni lah merah and tebal kulit aku rasa. Aku google sini sana apa punca ruam kepala dengan muka. Pastu start rabu dia berak 2 3 kali dalam sehari macam newborn pulak. Then aku ikut cakap suami, cuba tukar susu. Masa ni hari Jumaat kot, nak balik rumah Sepang. semua terkejut tengok muka Anaqi blusher tebal benar! dah balik rumah Sepang tu yang ruam ni turun ke badan pulak sikit-sikit. Oh noooooooooooo


Ni gambar hari Ahad. Sempat lagi tu pergi jalan Mitsui hehehe. Anaqi ni cukup suka berjalan tengok orang, sakit tolak belakang, sebijik Mom dia! Masa ni macam dah nak elok, kulit dah tak tebal tapi kering gila gila gila. Memang aku syak kesan dari pakai krim doktor bagi tu. And kepala Naqi ada timbul macam bisul kecik-kecik. Aku biarkan je dulu sebab mak cakap tu macam darah kotor.


Ni hari Selasa, aku bawak Anaqi cek kat klinik Salak pulak. Memang niat nak bawak pakar kulit tapi jumpa doktor biasa dulu. This doktor lagi bagus terus cakap "ni ekzema ni" hahaha aku redha jelah. Dia tanya parents or keluarga ada yang ekzema or lelah ke? Aku pandang akak aku, akak aku pandang aku. "ye, saya ada lelah masa kecik" Sorry sayang, kalau mom punca awak sakit :( Doktor ni just precsribe antibiotik sebab ubat sapu tu dah ada. Dia kate 2 3 hari ni kalau tak elok jugak datang klinik balik untuk ambil surat rujukan pakar.


Ni muka latest Anaqi, semalam 26/11/2015. Still tengah recover lagi. Ruam kat muka dah takde lagi dah. Kat badan still on off maybe sebab panas ke apa. But nothing worries dah, InsyaAllah. Cuma semalam, celah peha dia macam melecat sebab aku nak basuh poopoo dia tak bagi, nangis jerit lagi. Nak mandikan pun dia marah merayu minta keluarkan dari tab mandi tu. Tapi harini ok dah, seronok gelak-gelak je dengan dad dia masa mandi pagi tadi. Alhamdulilah.

What did i use to recover Anaqi,s ekzema? hehe here here!


From left ; Pureen Nappy Rash, CMD Revell, Herbal Blend Shaklee and Antiseptic powder Agnesia. Only these four. Alhamdulilah sesuai dengan Anaqi.

First, CMD tu memang aku ada sejak beranak lagi, masa mengandung tak rasa nak consume lagi. Tu mak aku membebel kalau amek time mengandung mesti anak tak sakit bagai. Haih pening aku, dah nak sakit tu nak buat macam mana lagi mak oi! Tapi seriously cmd ni memang baguih! Anaqi pun aku bagi minum titik kat air susu dia. Badan dia aku just spray, tiap kali kering aku spray spray spray! Melecet kat weewee dia pun aku spray! Bisul kat kepala pun dah hilang satu-satu sebab aku dok spray ke kepala dia haha

Herbal Blend Shaklee ni aku sapu satu badan dia tiap kali lepas mandi. Masa dia naik ruam ni aku mandikan dia 3x sehari. Dan kalau nampak dia macam tak selesa certain part, macam Anaqi selalu garu telinga dia je, so aku kerapkan sapu kat telinga dia tak lebih 5 kali pun sehari. Takut effect pulak even benda ni natural.

Powder Agnesia ni memang aku guna harian untuk nappy Naqi since dia lahir lagi. Anaqi takde masalah nappy rash sangat kecuali masa baru lahir dulu maybe sebab aku guna tisu basah Anakku, yelah tengok kandungan ada paraben bagai. Gila betol

Pureen Nappy Rash cream aku baru sapu kat Anaqi semalam sebab dia melecet kat celah weewee dia tu, And yeah its really good! Baru 2 kali aku sapu, petang dengan malam sebelum tido. Pagi tadi mandi dia dah takde meraung sakit dah. haha



Seronok mom and dad tengok Anaqi tergelak seronok! Badan and muka pun dah ok. Seriously memang aku tension selama jaga dia sakit ni, dengan Joe terpaksa overtime kerja pulak. Peh Anaqi menjerit, aku pun menjerit! But now awak dah makin sihat! Cuma tiba-tiba selesema pulak, suara serak sikit macam Ramli Sarip haha

Wednesday, November 18, 2015

#resepi Sambal Tumis Lala

Ok, marathon upload resepi harini sementara Anaqi tengah tidur. Malam tadi dia demam sebab kena  injection 5 bulan semalam. Dengan aku sekali tak boleh tido. Ni dia tengah tidur, baik aku upload cepat dan aku pun nak tidur kejap lagi! haha! Nah nah resepi favourite jugak nih! Rindu kat mak masak so buat lah sendiri, sama ke tak rasanya ntah la. Sdap je aku rasa. One thing yang aku suka masak seafood ni sebab dia ada rasa tersendiri, no need to risau sangat lah, dah tentu sedap wala wala

Lala 500gram,
3 ulas bawang merah, tumbuk
2 ulas bawang putih, tumbuk
setangkai cili merah, tumbuk
15 tangkai cili padi, tumbuk
serai, diketuk
daun kunyit (optional, bagi wangi)
sos tiram

Cara ;
- Tumis bahan tumbuk sampai naik bau dan masukkan serai.
- Perasakan dengan garam dan perasa.
- Masukkan sos tiram, masukkan satu sudu kecil dulu, kalau rasa macam tak umpphh tambah lagi satu sudu kecil. Masukkan air sedikit. Sikit aje tau! Sebab nanti lala keluarkan air jugak.
- Masukkan lala, gaul bagi sebati dan tutup kuali dalam  3 4 minit gitu.
- Masukkan daun kunyit, tutup kuali dalam seminit dua dan siap!
- Mak kata kalau nak tau lala tu dah masak ke belum. Bila lala tu semua terbuka maknanya dah masak la tu. Kalau ada yang tertutup je tu big prabability kosong, tak elok atau lumpur je dalam tu.

Tengok gambar rasa macam nak buat lagi pulak hehe

#resepi Sayur Goreng Tempura super easy peasy



Kenapa super easy eh? sebab guna tempura express! haha takyah nak bancuh tepung beras bagai. Tapi seriously tepung tempura nona ni memang sedap buat goreng. Tepung ni serbaguna boleh untuk seafood and meat! Tapi aku guna untuk sayur sahaja. My favourite vege is peria katak dengan brokoli! Also kobis bunga tapi lupa nak beli pulak. Selalu makan sayur goreng tepung ni kat restoran mamak aje, tapi tak berapa nak best la sebab minyak diorang tu recycle banyak kali kan. Not healthy at all! Buat kat rumah guna la minyak sayur ke, canola ke. Kalau kau kaya bebenor guna la olive oil.

Below gamabr aku dah siap goreng, sedap buat kudap-kudap jugak. Rangup sesangat lelagi peria katak tu. Masa bancuh tepung tu jangan cair tau, buat likat-likat, kalau cair tak rangup nanti. Ok dah


#resepi Sup Cendawan

Cendawan tiram, ceraikan
2 biji kentang, potong dadu besar
sebiji telur
 Seinci halis, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
3 tangkai cili padi, hiris hujung je
Satu sudu besar tepung jagung, campur dengan suku cawan air
kiub ayam 

Cara ;
- Tumis halia dengan bawang putih sampai naik bau.
- Masukkan kentang dengan air sampai kentang tenggelam. Tunggu sampai mendidih.
- Masukkan kiub ayam, garam satu sudu kecil dengan cili. Rasa lah kalau x cukup pape tambah ajelah.
- Agak kentang dah nak empuk tu, masukkan cendawan. Kacau lah dalam seminit dua.
- Pecahkan telur dalam sup, biarkan dalam seminit baru kacau, kalau tak nanti sup keruh.
- Last masukkan air tepung jagung tadi. Kacau je sampai kuah macam dah likat tu maknanya setel!

Kebetulan pulak time masak sup ni tengah hujan lebat pulak kan, memang perfect timing!

#resepi Nasi Goreng Telur

Masakan favourite, nasi goreng lagi! haha lantak la kau asal kenyang kan. Resepi untuk 2 1/2 pot nasi.

2 1/2 pot nasi
marjerin
3 ulas bawang merah, tumbuk
2 ulas bawang putih, tumbuk
cili padi, hiris nipis (sukahati banyak mana)
udang kering, 2 sudu besar gitu
tiga biji telur
serbuk lada hitam,
sayur (optional)
sos ikan (optional)
Cara ;
- Gaulkan 2 sudu besar marjerin dan 2 sudu kecil garam kat nasi.
- Tumis bahan tumbuk sampai naik bau, pastu masukkan udang kering dengan lobak. Perasakan dengan garam dan perasa.
- Ketepikan sikit bahan tumis dalam kuali tu. Pecahkan semua telur dalam kuali, biar dalam seminit camtu pastu scramblekan then campur dengan bahan tumis tadi.
- Masukkan nasi, sawi dengan cili padi. Gaul gaul gaul!
- Masukkan lada hitam sikit-sikit sesedap rasa
- Sesambil masuk lada hitam tu, perasakan lah guna dengan garam, perasa dan sos ikan sampailah kau puas hati hehe

Siap! setakat ni semua nasi goreng aku tidak mengecewakan bak kata suami hahaha

Monday, November 16, 2015

#parenthood 5 months old Anaqi!

 15 Oktober 2015 Anaqi dah 5 bulan! Yeah! Anak mom makin besar dan banyak akal!


6.5kg, 66cm

Biar la muka mom comot, asal anak mom hensem haha! So what we got for your 5 months birthday? Gambar atas day before u reach 5 month, hari sabtu la tu! Mom pujuk dad pergi Cotton On, Cheras Sentral. Nak shopping baju jalan Anaqi la, asyik recycle baju yang sama je. Mom is bosan ok? Dapat la dua tiga helai t-shirt, 2 baby's legging dan plain stokin yang mom idamkan selama ni. Ingat nak ketuk baju mom jugak, sekali tak dapat laaaa takpelah asal Anaqi lepas sudah le. Pastu dad belikan Anaqi kereta control tapi Anaqi nangis takut tengok kereta tu bergerak je bila Anaqi nak pegang ye? Ahaha high expectation sangat dad ingat Anaqi suka kejar kereta tu, simpan jelah untuk Anaqi pandai jalan nanti iye.

Masa 4 bulan nak masuk 5 ni banyak jugak progress Anaqi tunjuk. Dah bole mengesot kesini kesana capai ini capai itu jilat lantai, jilat tiang meja makan, jilat peti ais, jilat besi buaian. Penat weh penat. Dulu penat berdokong je, sekarang penat mengejar pulak. Pantang lepas pandang kejap, ntah mana di pergi buat part time suster ngesot dia tu. Dah mengangkat bontot cuba nak merangkak pulak, kemain die planking tau

Membebel pun semakin bertambah. Letih jugak tu kekadang nk kena bercakap menyanyi je depan dia. Lelagi masa nak pakai pampes baju bagai, memang aku nak lepuk je rasanya tak reti dok diam. So untuk shopping baju 6 bulan Anaqi nanti all must be shirts and rompers only! no button dah! Payah sangat dah nak button baju dia, tiap kali lepas mandi mesti nak kena bersilat, menyanyi berlakon nak buat awak leka baring tau tak Anaqi?

And dalam 2 3 hari ni Anaqi kerap bangun malam, nangis tiba-tiba pun ada. Macam tak selesa je. Ke sebab nak tumbuh gigi eh Naqi? Sebab mom perasan ada benda putih kat gusi depan Naqi tu. Takkan cepat sangat nak tumbuh gigi Naqi ui? Tapi mom baca tanda nak tumbuh gigi memang sama je dengan Naqi ni, kepala panas pastu ruam kat area pipi? Bab air liur tu lagi la melimpah ke ladang gandum dah banyaknya haha            
           




And now semakin manja haha! Geram tengok kekadang, nak buat kerja lain pun tak boleh da sekarang. Tu baju bertimbun dalam bilik tak lipat-lipat lagi sebab dok penat melayan si kecik ni la. Semalam tengah masak, memula ok la dia dok main mainan, tengok nursery rhymes. Aku pun kejap-kejap pergi la agah-agah, borak sikit bagi dia tak bosan. Pastu bila bosan perasan mom dia takde, mula la dia mengesot mencari aku. Dah sampai ke dapur pulak mengesotnya, aku letak balik depan tv, dia nak datang balik pulak, aku letak balik depan tv pastu dia bengang terus menangis haha! Tu la gambar atas tu, teknik mengesot dah tak boleh pakai so dia guna teknik menangis. Sambil nangis sempat lagi gigit mainan, sempat lagi nak planking, nangis mengada. So berbaring lah aku kat depan tv tu, dia pun panjat la badan aku ni. He love to melekat sekarang, aku pun suka je sambil layan dia bebel-bebel tu.

Yang ni pulak dia tengah usaha nak robohkan benteng pertahanan yang aku buat untuk elak dia capai keyboard bagai. Pandai dah dia panjat memanjat ni. Mesti cari playyard cepat ni, musuh semakin mengganas!
Sekarang nak masuk 6 bulan harapnya makin banyak progress yang Anaqi dapat buat ok sayang! Cuba untuk merangkak sikit-sikit even now 1 2 step tu dah jatuh. Dan cuba duduk tegak ok, sekarang ni bole duduk macam gambar atas ni je hehe. Mom and dad support Anaqi! Majulah Anaqi untuk Mom and Dad! we love u huuuuu i cannot wait to feed food on u huuuuuu

Saturday, November 14, 2015

#diy Goodies bag Kenduri Akikah Cukur jambul dan Majlis Sambut Menantu


Tak habis lagi pos pasal kenduri Akikah Anaqi hehe. ok ni last pasal goodies bag pastu takde dah! Goodies bag untuk kenduri ni kitorang sekalikan aje, kalo buat different goodies satu hal pulak nak bezakan sorang ni datang untuk kenduri apa sorang ni pulak untuk apa kan, Aku share dengan abang untuk belanja goodies ni. Jemputan 500 so kami pun buat la 500 bags.



Idea sesimple yang mungkin. Idea telur memang dah tolak awal sebab kesian orang dapur nak rebus bagai. Aku yang cadang buat peanuts in bottle yang tengah in kebabom sekarang ni. bab kacang dengan botolnya memang aku serahkan kat abang aku la setelkan, aku bab yassin dengan bags aje. Botol tu abang aku daapt harga 80sen sebotol dekat kedai botol yang famous kat Puchong nun. Korang google ajelah ye. Kacang kitorang buat tiga jenis dan beli kat kilang kacang kat Nilai 3 je, dekat dengan rumah. Kos untuk ni sahaja aku rasa rm800 jugak la sebab kkacang tu ye dah rm400++.  So sesape yang plan kenduri nak guna goodies ni pepandai survey tempat yang murah. Pada aku yang ni memang dah murah dah haha. Yang paper bags coklat tu aku beli kat Syarikat Perniagaan Wakim, Chow Kit. Beli yang ada tapak punya. tak sampai rm100 pun untuk 500 keping. Niat nak beli yang bertali sekali over budget la, rm40++ untuk 100 keping. bit pricey.  Sticker simple ciconet tu print last minit kat kiosk Rubber Stamp & Printing Services Bunga Raya Dalily kat Metro Point Kajang. Murah jugak rm65 untuk 500 sticker. Dan aksesori tambahan just beli washi tape kat daiso je, satu tape tu 15m, panjang wo! guna 4 tape je tu pun berlebih jugak. Dan last yasin berserta terjemahan aku beli awal kat IG shop, tengah promosi 50sen sekeping. Yang ready made aje, isinya tetap sama kan kalau yang bertulis nama tu. So that's only for our simple goodies bags!

#event Malaysian Babywearers International Babywearing Week 2015

Aku memang sejenis yang tak ambil tahu sangat event bagai ni, kecualilah event free market haha memang aku dengan husband hantu free market! Tapi event ni best pulak sebab memang bawak Anaqi jalan guna baby carrier aje. Kalau bawak stroller jejalan mall payah la and memang tak lama Naqi duduk dalam tu, tido pun tak lama. Tapi bila dok dalam carrier dia bukan main seronok sebab sama tinggi dengan orang kan and dapat tengok macam-macam. Membebel la dia seronok kalau berjalan tu, tidur pun sedap je. Carrier ni la tempat kedua dia senang tidur selepas buaian.

Tapi memang event ni berkobar pulak aku nak pergi ahaha. Sebab memang tengah nak cari carrier baru ni. Masa nak pergi tu baru pukul 12 tengah hari gitu. Berkobar punya pasal boleh aku konfius Jaya One dengan One City haha! Sampai Jaya One apehal kosong je tempat ni, tengok banner lagi sekali 'One City, Subang' kikiki nasib husband tak marah.



tepek gambar keluarga bahagia dulu hahaha Sesampai je One City tu pukul 1 lebih gitu terus la pergi daftar. Pusing la bazar dia tu kejap, nak beli tapi joe macam berat je nak bagi aku melantak kat situ. So pergi la kat mall die sebelah je  tu ha makan kat Tappers. Lambat pulak servisnya, ingat masa bagi Naqi minum susu tu ngam la makanan sampai boleh makan sekali. Ceh haram sampainye, lebih setengah jam jugak la tunggu. Makan Tappers dekat Times Square tu ramai jugak la selalu tapi cepat je servis. Hmm nasib sedap!



Jumpa Rina dengan husband dia kat sana. Ingat tak datang sebab wasap tak berbalas pun. Tengah syok makan tu tetiba lak ada orang call tany kat mana. Eh eh macam tau tau je kita da ada kat event haha. Rina tak pernah ber babywearers ni, sekali dia try haa tu si kecik Raudhah terus lentok tidur. The power of babywearing! haha

We love babywearing kan Anaqi kan? tu dia tengah tidur la dalam tu, seronok  sebab boleh cium-cium dia, tengok muka dia tidur tenang aje. Aku pakai carrier slings Cuddle Me. Tapi nanti ada rezeki nak beli yang ada support kat pinggang tu, yelah anak makin membesar kan. Hmm nak ergo 360 tuuuuuuu tapi takde rezeki la nak menang lucky draw tu haha
Tengah dok saja scroll fb group Malaysian Babywearers tu tetiba ternampak gambar ni! haha lovely family caught in action! terubat la jugak hati tengok gambar ni sebab tak dapat lucky draw hehe

Tuesday, November 10, 2015

#diy Pelamin Berendoi Johan Anaqi

Aku memang suka buat benda semua sendiri. Walaupun kekadang menyusahkan tapi puas hati oi! Budget pun still under lagi. This time aku still menyewa dari tempat yang sama masa aku DIY Pelamin nikah dulu dekat Your DIY Projet Supplies . Ada jugak isu-isu yang berlaku haha! Aku boleh lupa kedai dia tutup hari Jumaat, Maghrib Khamis tu orang tu call tanya bila nak amek barang sebab kedai tutup pukul 8 malam! Masa tu pukul 7.30 haha dah haru joe pergi drive macam orang gila dengan hujannya ambil barang kat Sungai besi nun. Nasib sempat tapi kesian la Laki aku tu, kete break down otw nak balik tu. Kesian di basah kuyup. Rasa bersalah sangat aku, dia balik tu terus aku salam cium tangan mintak maaf. Ahahaha #tipsrumahtanggabahagia

Ni model cilik kecik cinonet ni haha! Aku nak snap gambar pelamin, tetiba dia dok masuk posing muka innocent gitu, Nak suruh ketepi tak sampai hati pulak rasanya hehe nasib comel tau Nana!
The one and only gamba pelamin yang full view. Nasib baik ada haha! Maklumlah kita tak hire photographer la. Cincai boncai budget seluruh pelamin ni around rm200++ only :) Yang buat mahal pun sewa buai berendoi dengan kapet rumput tu dah rm160. Meja coklat tu sendirian berhad, kelapa beli kat kedai buah, bunga rampai ihsan daun pandan  dan bunga jiran haha! Bekas bunga rampai recycle bekas coklat hantaran abang. Haa itu pun nak include sekali kan hehe. Frame gambar beli kat kedai ala-ala DIY kat Metro Point, Kajang. rm15.90 aje.  Ok yang penting backdrop tu my my my idea! Puas menggoogle, jumpa la satu design ni so buat lah inspired. Bunga tu belajar kat youtube, super duper senang! Semua tu guna crepe paper sahaja, aku beli dekat kedai buku Czip Lee, Kajang. Sehelai 50sen. Aku beli banyak aroung rm50 jugak la tapi banyak berlebih pun kertasnye haa banyak guna kaler putih je untuk buat bunga tu. Untuk lekatkan semua ni aku just guna double sided tapes yang nipis dan tebal, tampat kat dinding tu guna yang nipis aje, nak tanggal pun senang, tak rosakkan dinding :) Alhamdulilah ramai puji cantik, hehe kembang sekejap. Customer pun dah dapat sorang haa awal benor die book ahaha
Cantik kan backdrop mom buat untuk pelamin berendoi Anaqi kan? cantik kan? cepat cakap cantik!  kalau tak mom taknak angkat Naqi dari buai! love u Anaqi :)

#parenthood Kenduri Akikah & Cukur Jambul Johan Anaqi

Kenduri Akikah & Cukur Jambul aku sekalikan aje dengan Majlis Sambut Menantu untuk abang aku. Memula ingat nak buat sekali dengan open house raya tapi macam leceh je nak kenduri banyak kali. Kitorang kikah sekor kambing je dulu, InsyaAllah nanti ada rezeki lebih buat upah akikah kat rumah anak yatim atau fakir pulak. Jemputan around 500 orang. Dah memang macam kenduri kahwin betul dah, padahal plan awal nak buat doa selamat aje untuk abang aku tu ahaha. Orang taman la ni! Berkobar benar nak rewang masak, nasib baik ramai puji lauk sedap tau hehe

Tu gambar Anaqi masa 2 bulan lebih tapi mak kata muka dia macam umur setahun. Dan seperti biasa siapa yang kenal aku ni memang pentegar DIY. Next post, next post
  
Panggil orang Marhaban dari Taman Anggerik, Bandar Baru Salak TIiggi. Nasib akak ipar aku memang one of ahli Marhaban ni, dia jelah yang tolong deal.
Tawaf 3 kali dulu sebelum start cukur. Hmm serius muka mom Anaqi ni
Atok Anaqi
Nenek Anaqi
Dan sesiapa jelah yang nak cukur kepala si Naqi ni. Suka tengok muka Naqi masa ni, redha je padahal tangan tu tak habis-habis dok nak tarik bekas bunga rampai tu
Masa berendoi pulak. Huuu teruk rasanya aku menangis masa ni, nasib tak berbunyi je. Lagu berendoi tu syahdu sangat buat aku teringat moment mengandung sampai la dah beranak, rasa sayang tu kuat sangat bila pandang Anaqi yang tengah struggled nak meniarap dalam tu haha
Anak buah aku yang dok ikut aku. Diorang siap tenangkan aku lagi masa nangis tu , "Makcu, kenapa makcu nangis? janganlah nangis Makcu" hehe comel benor
Tetamu tetap setiap kenduri yang aku buat haha! Ema dah balik masa ni, tak sempat pulak snap gamba
Mom, Anaqi and Dad! Anaqi, Dad and Mom love u so much! We pray the best for u sayang, be a good man ok dah besar nanti. Lega hati tanggungjawab yang ini dah setel. Rambut pun dah selamat tanam belakang rumah tapi rambut yang first cukur tu rugi je, mak terbuang :(