Saturday, November 14, 2015

#event Malaysian Babywearers International Babywearing Week 2015

Aku memang sejenis yang tak ambil tahu sangat event bagai ni, kecualilah event free market haha memang aku dengan husband hantu free market! Tapi event ni best pulak sebab memang bawak Anaqi jalan guna baby carrier aje. Kalau bawak stroller jejalan mall payah la and memang tak lama Naqi duduk dalam tu, tido pun tak lama. Tapi bila dok dalam carrier dia bukan main seronok sebab sama tinggi dengan orang kan and dapat tengok macam-macam. Membebel la dia seronok kalau berjalan tu, tidur pun sedap je. Carrier ni la tempat kedua dia senang tidur selepas buaian.

Tapi memang event ni berkobar pulak aku nak pergi ahaha. Sebab memang tengah nak cari carrier baru ni. Masa nak pergi tu baru pukul 12 tengah hari gitu. Berkobar punya pasal boleh aku konfius Jaya One dengan One City haha! Sampai Jaya One apehal kosong je tempat ni, tengok banner lagi sekali 'One City, Subang' kikiki nasib husband tak marah.



tepek gambar keluarga bahagia dulu hahaha Sesampai je One City tu pukul 1 lebih gitu terus la pergi daftar. Pusing la bazar dia tu kejap, nak beli tapi joe macam berat je nak bagi aku melantak kat situ. So pergi la kat mall die sebelah je  tu ha makan kat Tappers. Lambat pulak servisnya, ingat masa bagi Naqi minum susu tu ngam la makanan sampai boleh makan sekali. Ceh haram sampainye, lebih setengah jam jugak la tunggu. Makan Tappers dekat Times Square tu ramai jugak la selalu tapi cepat je servis. Hmm nasib sedap!



Jumpa Rina dengan husband dia kat sana. Ingat tak datang sebab wasap tak berbalas pun. Tengah syok makan tu tetiba lak ada orang call tany kat mana. Eh eh macam tau tau je kita da ada kat event haha. Rina tak pernah ber babywearers ni, sekali dia try haa tu si kecik Raudhah terus lentok tidur. The power of babywearing! haha

We love babywearing kan Anaqi kan? tu dia tengah tidur la dalam tu, seronok  sebab boleh cium-cium dia, tengok muka dia tidur tenang aje. Aku pakai carrier slings Cuddle Me. Tapi nanti ada rezeki nak beli yang ada support kat pinggang tu, yelah anak makin membesar kan. Hmm nak ergo 360 tuuuuuuu tapi takde rezeki la nak menang lucky draw tu haha
Tengah dok saja scroll fb group Malaysian Babywearers tu tetiba ternampak gambar ni! haha lovely family caught in action! terubat la jugak hati tengok gambar ni sebab tak dapat lucky draw hehe

No comments:

Post a Comment