Saturday, November 14, 2015
#diy Goodies bag Kenduri Akikah Cukur jambul dan Majlis Sambut Menantu
Tak habis lagi pos pasal kenduri Akikah Anaqi hehe. ok ni last pasal goodies bag pastu takde dah! Goodies bag untuk kenduri ni kitorang sekalikan aje, kalo buat different goodies satu hal pulak nak bezakan sorang ni datang untuk kenduri apa sorang ni pulak untuk apa kan, Aku share dengan abang untuk belanja goodies ni. Jemputan 500 so kami pun buat la 500 bags.
Idea sesimple yang mungkin. Idea telur memang dah tolak awal sebab kesian orang dapur nak rebus bagai. Aku yang cadang buat peanuts in bottle yang tengah in kebabom sekarang ni. bab kacang dengan botolnya memang aku serahkan kat abang aku la setelkan, aku bab yassin dengan bags aje. Botol tu abang aku daapt harga 80sen sebotol dekat kedai botol yang famous kat Puchong nun. Korang google ajelah ye. Kacang kitorang buat tiga jenis dan beli kat kilang kacang kat Nilai 3 je, dekat dengan rumah. Kos untuk ni sahaja aku rasa rm800 jugak la sebab kkacang tu ye dah rm400++. So sesape yang plan kenduri nak guna goodies ni pepandai survey tempat yang murah. Pada aku yang ni memang dah murah dah haha. Yang paper bags coklat tu aku beli kat Syarikat Perniagaan Wakim, Chow Kit. Beli yang ada tapak punya. tak sampai rm100 pun untuk 500 keping. Niat nak beli yang bertali sekali over budget la, rm40++ untuk 100 keping. bit pricey. Sticker simple ciconet tu print last minit kat kiosk Rubber Stamp & Printing Services Bunga Raya Dalily kat Metro Point Kajang. Murah jugak rm65 untuk 500 sticker. Dan aksesori tambahan just beli washi tape kat daiso je, satu tape tu 15m, panjang wo! guna 4 tape je tu pun berlebih jugak. Dan last yasin berserta terjemahan aku beli awal kat IG shop, tengah promosi 50sen sekeping. Yang ready made aje, isinya tetap sama kan kalau yang bertulis nama tu. So that's only for our simple goodies bags!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment