Tuesday, April 26, 2016

#resepi Masak paprik!

Previous post aku cerita pasal produk Anjaad and ni satu resepi simple aku masak guna Anjaad. Resepi paprik Ayam. Macam pos berbayar je haha but not! Aku bukan blogger tegar pon, just sharing benda yang memudahkan kita.


Bahan-bahan ;
- Ayam potong kecil
- 4 ulas bawang putih hiris/ketuk
- 1 biji bawang besar hiris
- 1 cili merah hiris
- Cili padi ketuk (optional)
- Lobak hiris
- Kacang panjang patahkan (tapi ni aku guna kacang buncis)
- Tomato potong 4
- Sos tiram 2 sudu besar
- Sos tomato 2 sudu besar
- Kicap 2 sudu besar
- Sos cili 1 sudu besar
- Serai ketuk / Serbuk serai Anjaad
- Daun limau purut 4 helai / Serbuk limau purut Anjaad
- Setengah cawan air

Cara;
- Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
- Masukkan ayam. Masukkan serai / serbuk serai Anjaad 1 sudu kecil. Gaul seketika.
- Masukkan lobak, kacang panjang dan cili. Gaul.
- Masukkan sos tiram, sos tomato, kicap, sos cili dan sedikit air. Gaul.
- Masukkan daun limau purut / serbuk limau purut Anjaad.
- Perasakan dengan garam dan siap!

Mudah dan sedap! Laki aku ni aku masak paprik dia kata aku masak kicap pulak. ergh memacam! Abaikan daput tak cantik, tengoh tunggu dana nak beli baru ni hehehehe

#tips Serai, lengkuas, halia tahan 2 tahun? biar betul!

Eh betul la tu! Aku selaku housewife yang agak pemalas, semua benda nak simple, mudah, pantas dan sedap mestilah macam-macam benda aku cari untuk menyenangkan hidup! hahaha Anything hujung jari beb, kau tinggal scroll aje.


Produk bumiputera jenama ANJAAD. Duduk rumah tinggi ni celah mana la nak menanam kan. Beli benda basah macam ni sekali sebulan je, time bila nak guna dah kering layu di tasik madu. Maklumlah masak ikut mood hehe. Lelagi yang lengkuas tu, bukan selalu guna pun. Aku guna untuk buant daging dendeng je selalu pastu simpan la kering dalam peti ais tu. Anjaad ni tahan 2 tahun, ha apa lagi kau nak? Terus ajak husband beli, boleh je beli online tapi aku ni jenis tak sabar, malas nak tunggu posmen tekan loceng.

Aku beli yang aku akan guna je dulu halia, serai, lengkuas dengan daun limau purut. Lagi satu nak buat sup untuk Anaqi senang, aku tabur je benda alah ni. Setakat ni semua aku dah test kecuali lengkuas. Rasa dia actually not bad la, sama dengan yg betul! Udang kering tu ko buat untuk nasi goreng pergh sodap!


Aku beli dekat kedai Amazing Ayu kat Kampung Malaysia Tambahan, dekat dengan TBS tu je. Kedai ni macam-macam produk bumiputera dia jual dan owner dia kemain peramah, berborak je sampai naqi tolong stopkan dia cakap hehe. Aku test sambal hitam menangis tu jugak, podeh jugak la. Next aku nak beli Anjaad tu lagi dengan macam-macam la barang dapur kat situ, feeling surirumah rajin masak hahaha

Friday, April 22, 2016

#parenthood The sulky Anaqichan turn 10 months!

Lambat update berhari hari hehe. Penat la letih la lemau la bagai-bagai la. Yang pasti anaqi makin cerdik. Last 9 month paling lama die demam since lahir, seminggu jugak la. Naqi jarang demam, masuk 9 bulan tu baru 3 kali kot demam. Dan sebelum ni tak pernah pun selesema, ni first time la selesema plus kahak. Jenuh la nak menghilangkan kahak dia, tanya sana sini beli ini itu. Last option, joe sedut mouth to mouth terus setel! Hahaha


Not much progression, tapi dia punya pandai merajuk and mengamuk sekarang MasyaAllah ntah apa aku terkenan masa pregnant hahaha kemain hardcore. Segala benda dia nak baling, handphone mom dad dia ni selamber je. Ada sekali kat cashier Mydin, cashier tu amek coklat dia kejap (bagi dia gigit-gigit plastik je bagi hilang bosan, tak buka bagi makan betul pun hehe) dia nangis ngamok. Cashier tu bagi dia balik dia campak coklat tu. Joe kutip bagi dia, dia campak! Kutip campak nangis kutip campak nangis ergghh sekeliling semua gelak tengok. Kat kedai makan pun sama, segala benda nak campak. Seronok tengok orang dok mengutip agaknya.


Lepas baik demam tu selera makan naqi down terus. Sampai berat dia turun ergghh buat sup ayam pun dia taknak, gaya dia taknak makan tu memang betul-betul muntahkan segala isi perut, mana la aku tak geram! But 1 thing yang dia nak makan is avocado! Suka betul dia kat avocado aigoo nasib avocado contain all nutrien. Seronok je tengok anak orang lain makan memacam, anak sendiri? Nampak sudu terus lari sebatu haha


Gigi naqi dah 8 batang. Atas 4 bawah 4 dan tetap suka menggigit. Sakit dia pergghh. Haritu jalan ada jumpa baby ni kecik je dah pandai jalan, ingatkan baya naqi rupanya dah setahun lebih.  Comel! Tak sabar tunggu naqi dapat kaki. Orang tua cakap kalau pandai cakap dulu jalan lambat, yeke? Hmm tak kisah la memane asalkan awak membesar sihat ye sayang! Cepat-cepat pun nak pegi mane? Pegi holiday lah hahaha

Anaqi minat mainan bertayar tapi yang tak bertayar pun dia dok seret. Mainan semua kena besar-besar kalau tidak semuanya akan arwah macam kereta kecil yang selamat naqi campak kebawah dari koridor. Sabo jela mom

Tuesday, April 12, 2016

#resepi Aiskrim strawberry + choki choki

Since join group 'masak apa hari ini (mahn)' kat facebook tu, macam-macam jenis makanan dengan petua aku belajar. Selalunya masakan yang simple je la aku buat dgn satu petua simpan barang basah dalam peti ais nak bagi tahan lama, nanti aku share. Memang selalu viral benda2 yang diorang share, one of yang paling best is aiskrim malaysia! Aku perati je aiskrim sumi la, nata de coco la, buah la, green tea la. Teringin nak buat tapi malasnye la hai aku nak bancuh bagai ni. Tapi ada sorang ni post senang gile die buat dan aku pun terus la ajak husband pi cari barang. Memang fenomena teruk sebab cari plastik aiskrim kat mydin abeh sold out!  Yelah tengah musim panas bahang ya amat ni seronoknye dapat hirup aiskrim sesuka hati bebila masa, nih cara aku buat

3 bahan ni aje! haha senang gile kan?
Plastik aiskrim
Choki-choki
Susu dutch lady strawberry (tuang dalam jug air, senang nak masuk plastik)
Potong choki tu masukkan dalam plastik dan picit laaaa
Lenyekkan choki tu, jangan lenyek nipis sgt sebab kang masa makan tak rasa pulak chokinya. 
Tuang susu dan ikat! Jangan tuang banyak sangat sampai susah nak ikat pulak. Satu kotak tu boleh dapat dalam 12 batang.
Masuk freezer dah beku kite ngap! haha buat masa malam la senang time anak dah tidur, esok pagi bangun terus makan aiskrim, tak senonoh betol. Sebelah kanan puree Anaqi, sebelah kiri puree mom and dad. fair and square hehe

Monday, April 4, 2016

#parenthood Anaqi dan ekzema, topical steroid widrawal

Just nak share kesan yang naqi dapat dari steroid cream. Sape yg alergi ekzema ni mesti banyak membaca bahayanya cream ade steroid ni. Aku takde la banyak ilmu, sekadar apa yang aku research je. Since badan naqi naik merah-merah aku memang akan google dulu sebelum nak beli apa-apa or jumpa doktor. Memang banyak terbaca pasal steroid cream ni and ofcourse terus aku say no no no to steroid cream, tapi tersapu jugak :( . Masa first jumpa doktor kat kk, sebok kate ni ekzema alergi sabun. Aku dah nyampah dengar, confident je doktor ni. Terus dia prescribed 2 krim sapu ni. Kalau pergi check up then doktor tu cakap "sapu nipis-nipis je" haa confirm contain steroid!

Aku memang berat sangat hati nak sapu tapi husband la dok suruh jugak. Yelah doktor yang bagi kannn blueekkk doktor over-confident. Aku just sapu 2 3 hari je and 3 4 kali jugak rasanye pastu stop dah taknak! Aku cakap kat husband nak guna natural cream, natural way only. Tunjuk kat dia kesan cream tu baru la die pecaya. Lepas sapu tu memang la nampak hilang merah tapi kulit naqi kering gila gila gila. Kulit kepala die macam kena cradle cap pulak. Aku sapu muka dgn kepala je sebab memula area situ je timbul ruam.

Bila da stop, aku just pakai herbal blend Shaklee dgn bagi naqi minum 2 titik cmd sehari. Mula la dalam sebulan jugak la kepala naqi timbul mcm lebam bengkak, bintik-bintik macam chicken pox. Sedih sangat tengok, lelagi kalau bengkak tu attack mata dia, mcm ketumbit dah :( dengan kulit gatal plus kering. Tido malam memang susah. Bengkak sini turun, bengkak sana pulak naik. Area badan memang kurang. Area yg pernah sapu steroid cream teruk skit lelagi leher.

Badan dah tak naik merah since die 6 bulan lebih. Start kena ekzema mase 5 bulan tepat. Kepala dengan muka dia tak elok lagi, turun naik merahnya ( kesan steroid ) aku just teruskan bagi minum + spray cmd dgn sapu pelembap. Belakang kepala naqi paling teruk, asyik darah je sebab garu gatal sangat! Segan nak bawak dia keluar, orang mesti tanya kenapa kepala luka- luka :(

Kepala naqi dah tak naik merah and gatal masa dia 7 bulan lebih gitu. So tinggal pipi dia pulak tak surut merah sampai la die 8 bulan lebih. Sekarang lagi 2 minggu nak masuk 10 bulan merah kat pipi dah 2 minggu takde naik dah. Mom is happy!

Alu baru sapu 3 4 kali pon amek masa 2 3 bulan nak hilang. Kira nasib baik la sebab kira cepat jugak ni. Steroid cream ni kalau dah 2 minggu straight ko guna, nak hilangkan kesan dia tu makan bertahun. Bayangkan yg da guna bertahun. Aku join banyak group ekzema kat facebook tu, kesian sangat tengok yang berair berdarah bagai. Ada yang doktor paksa pakai steroid cream, nangis tengok anak. Carilah natural way and non-steroid cream ye. Nanti aku share gune cream apa utk moisture kulit kering!