Monday, May 23, 2016

#tips Barang dapur sayur tahan lama

Tak tahu nak letak title apa. Barang basah ada banyak pulak sayur halia kunyit ayam ikan itik bagai tu semua pun barang basah. Tips ini untuk barang basah yang letak kat bahagian sejuk bisa je ye, yang bahagian sejuk beku tu dah tentu memang tahan lama hahaha. Aku dapat tips ni kat group MAHN facebook. Since duduk rumah tinggi memang tak dan nak bercucuk tanam bagai, rumah sewa pulak tu. So barang basah memang kena sentiasa renew every week. Yelah serai kunyit bagai tu paling lama pun seminggu je aku rasa. Plus lagi teratur barang dalam peti ais tu. Ikea pulak jual bekas 14 beradik tu murah kemain! borong lah!



Cara dia simple sangat. Just bekas dengan tisu dapur yang bulat tu. Basuh barang dapur siap-siap. Cili tu kalau rajin buang tangkai dulu untuk tahan lagi lama tapi aku malas so aku pun tak buang tangkainya hahaha. Ambil tisu dapur lapikkan dalam bekas then letak lah barang dapur korang! Setel kan kan kan. Serai aku ni dah lebih dari 2 minggu ok, da sebulan kot. see? tak kering langsung! Cuma lapik tisu tu kena rajin tukar every week or every 2 week aje.

Dapat tahan dalam sebulan pun ok la kan? Sampai dapat gaji nak pi shopping next groceries hehe

#parenthood The chubby 11 months anaqichan!



One more month left for him to turn 365 days. 12 months. 1 year old! Mom is super excited! And dad too hehe another great month for anaqi sebab selera makan dia dah ada balik. Risau sangat semua benda taknak makan, susu pon tak habis. Berat pun turun. Tapi nak masuk 10 month aritu kemain dia makan. Avocado habis je dia melalak macam kena pukul. Still memilih makan, taknak makan benda baru dan manis.


Berat badan naqi pon naik kemain! Sampai aku dengan husband decide nak beli compact stroller haha! Tak larat hoi! Pinggang belakang aku pun sakit je, lelagi lepas dokong naqi for long hours pergh sakit dia macam mengandung 8 bulan :( maybe effect epidural dulu hah sedih! Potong bawang pon kena duduk tak larat nak berdiri lama sangat dah.


Banyak la jugak improvement, macam nak belajar bercakap asyik mamama bababa. Dah pandai panjat meja, sofa. Suka main kejar-kejar, dia yang ajar mom and dad ni main kitorang tak penah pon ajar. Sepahkan baju pastu dia lari gelak-gelak kemain lagi! Naqi ni one thing aku perasan suka afford sendiri. Kalau aku keep ajar tapi dia taknak tak guna jugak. Dala aku ni kurang kesabaran haha belajar la sendiri ye sayang, bagi otak tu kerja lebih. Explore the world more! Its ok awak aktif benor sekarang, means awak curious nak belajar.

And the best is? Anaqi can walk now! yeah joget joget! harapan mom nak naqi pandai jalan before one year is success! Thank you Ya Allah. Thank you Anaqi sebab kuat. Now tinggal mom pujuk dad pi holiday je ni hehehe.



Tuesday, April 26, 2016

#resepi Masak paprik!

Previous post aku cerita pasal produk Anjaad and ni satu resepi simple aku masak guna Anjaad. Resepi paprik Ayam. Macam pos berbayar je haha but not! Aku bukan blogger tegar pon, just sharing benda yang memudahkan kita.


Bahan-bahan ;
- Ayam potong kecil
- 4 ulas bawang putih hiris/ketuk
- 1 biji bawang besar hiris
- 1 cili merah hiris
- Cili padi ketuk (optional)
- Lobak hiris
- Kacang panjang patahkan (tapi ni aku guna kacang buncis)
- Tomato potong 4
- Sos tiram 2 sudu besar
- Sos tomato 2 sudu besar
- Kicap 2 sudu besar
- Sos cili 1 sudu besar
- Serai ketuk / Serbuk serai Anjaad
- Daun limau purut 4 helai / Serbuk limau purut Anjaad
- Setengah cawan air

Cara;
- Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
- Masukkan ayam. Masukkan serai / serbuk serai Anjaad 1 sudu kecil. Gaul seketika.
- Masukkan lobak, kacang panjang dan cili. Gaul.
- Masukkan sos tiram, sos tomato, kicap, sos cili dan sedikit air. Gaul.
- Masukkan daun limau purut / serbuk limau purut Anjaad.
- Perasakan dengan garam dan siap!

Mudah dan sedap! Laki aku ni aku masak paprik dia kata aku masak kicap pulak. ergh memacam! Abaikan daput tak cantik, tengoh tunggu dana nak beli baru ni hehehehe

#tips Serai, lengkuas, halia tahan 2 tahun? biar betul!

Eh betul la tu! Aku selaku housewife yang agak pemalas, semua benda nak simple, mudah, pantas dan sedap mestilah macam-macam benda aku cari untuk menyenangkan hidup! hahaha Anything hujung jari beb, kau tinggal scroll aje.


Produk bumiputera jenama ANJAAD. Duduk rumah tinggi ni celah mana la nak menanam kan. Beli benda basah macam ni sekali sebulan je, time bila nak guna dah kering layu di tasik madu. Maklumlah masak ikut mood hehe. Lelagi yang lengkuas tu, bukan selalu guna pun. Aku guna untuk buant daging dendeng je selalu pastu simpan la kering dalam peti ais tu. Anjaad ni tahan 2 tahun, ha apa lagi kau nak? Terus ajak husband beli, boleh je beli online tapi aku ni jenis tak sabar, malas nak tunggu posmen tekan loceng.

Aku beli yang aku akan guna je dulu halia, serai, lengkuas dengan daun limau purut. Lagi satu nak buat sup untuk Anaqi senang, aku tabur je benda alah ni. Setakat ni semua aku dah test kecuali lengkuas. Rasa dia actually not bad la, sama dengan yg betul! Udang kering tu ko buat untuk nasi goreng pergh sodap!


Aku beli dekat kedai Amazing Ayu kat Kampung Malaysia Tambahan, dekat dengan TBS tu je. Kedai ni macam-macam produk bumiputera dia jual dan owner dia kemain peramah, berborak je sampai naqi tolong stopkan dia cakap hehe. Aku test sambal hitam menangis tu jugak, podeh jugak la. Next aku nak beli Anjaad tu lagi dengan macam-macam la barang dapur kat situ, feeling surirumah rajin masak hahaha

Friday, April 22, 2016

#parenthood The sulky Anaqichan turn 10 months!

Lambat update berhari hari hehe. Penat la letih la lemau la bagai-bagai la. Yang pasti anaqi makin cerdik. Last 9 month paling lama die demam since lahir, seminggu jugak la. Naqi jarang demam, masuk 9 bulan tu baru 3 kali kot demam. Dan sebelum ni tak pernah pun selesema, ni first time la selesema plus kahak. Jenuh la nak menghilangkan kahak dia, tanya sana sini beli ini itu. Last option, joe sedut mouth to mouth terus setel! Hahaha


Not much progression, tapi dia punya pandai merajuk and mengamuk sekarang MasyaAllah ntah apa aku terkenan masa pregnant hahaha kemain hardcore. Segala benda dia nak baling, handphone mom dad dia ni selamber je. Ada sekali kat cashier Mydin, cashier tu amek coklat dia kejap (bagi dia gigit-gigit plastik je bagi hilang bosan, tak buka bagi makan betul pun hehe) dia nangis ngamok. Cashier tu bagi dia balik dia campak coklat tu. Joe kutip bagi dia, dia campak! Kutip campak nangis kutip campak nangis ergghh sekeliling semua gelak tengok. Kat kedai makan pun sama, segala benda nak campak. Seronok tengok orang dok mengutip agaknya.


Lepas baik demam tu selera makan naqi down terus. Sampai berat dia turun ergghh buat sup ayam pun dia taknak, gaya dia taknak makan tu memang betul-betul muntahkan segala isi perut, mana la aku tak geram! But 1 thing yang dia nak makan is avocado! Suka betul dia kat avocado aigoo nasib avocado contain all nutrien. Seronok je tengok anak orang lain makan memacam, anak sendiri? Nampak sudu terus lari sebatu haha


Gigi naqi dah 8 batang. Atas 4 bawah 4 dan tetap suka menggigit. Sakit dia pergghh. Haritu jalan ada jumpa baby ni kecik je dah pandai jalan, ingatkan baya naqi rupanya dah setahun lebih.  Comel! Tak sabar tunggu naqi dapat kaki. Orang tua cakap kalau pandai cakap dulu jalan lambat, yeke? Hmm tak kisah la memane asalkan awak membesar sihat ye sayang! Cepat-cepat pun nak pegi mane? Pegi holiday lah hahaha

Anaqi minat mainan bertayar tapi yang tak bertayar pun dia dok seret. Mainan semua kena besar-besar kalau tidak semuanya akan arwah macam kereta kecil yang selamat naqi campak kebawah dari koridor. Sabo jela mom

Tuesday, April 12, 2016

#resepi Aiskrim strawberry + choki choki

Since join group 'masak apa hari ini (mahn)' kat facebook tu, macam-macam jenis makanan dengan petua aku belajar. Selalunya masakan yang simple je la aku buat dgn satu petua simpan barang basah dalam peti ais nak bagi tahan lama, nanti aku share. Memang selalu viral benda2 yang diorang share, one of yang paling best is aiskrim malaysia! Aku perati je aiskrim sumi la, nata de coco la, buah la, green tea la. Teringin nak buat tapi malasnye la hai aku nak bancuh bagai ni. Tapi ada sorang ni post senang gile die buat dan aku pun terus la ajak husband pi cari barang. Memang fenomena teruk sebab cari plastik aiskrim kat mydin abeh sold out!  Yelah tengah musim panas bahang ya amat ni seronoknye dapat hirup aiskrim sesuka hati bebila masa, nih cara aku buat

3 bahan ni aje! haha senang gile kan?
Plastik aiskrim
Choki-choki
Susu dutch lady strawberry (tuang dalam jug air, senang nak masuk plastik)
Potong choki tu masukkan dalam plastik dan picit laaaa
Lenyekkan choki tu, jangan lenyek nipis sgt sebab kang masa makan tak rasa pulak chokinya. 
Tuang susu dan ikat! Jangan tuang banyak sangat sampai susah nak ikat pulak. Satu kotak tu boleh dapat dalam 12 batang.
Masuk freezer dah beku kite ngap! haha buat masa malam la senang time anak dah tidur, esok pagi bangun terus makan aiskrim, tak senonoh betol. Sebelah kanan puree Anaqi, sebelah kiri puree mom and dad. fair and square hehe

Monday, April 4, 2016

#parenthood Anaqi dan ekzema, topical steroid widrawal

Just nak share kesan yang naqi dapat dari steroid cream. Sape yg alergi ekzema ni mesti banyak membaca bahayanya cream ade steroid ni. Aku takde la banyak ilmu, sekadar apa yang aku research je. Since badan naqi naik merah-merah aku memang akan google dulu sebelum nak beli apa-apa or jumpa doktor. Memang banyak terbaca pasal steroid cream ni and ofcourse terus aku say no no no to steroid cream, tapi tersapu jugak :( . Masa first jumpa doktor kat kk, sebok kate ni ekzema alergi sabun. Aku dah nyampah dengar, confident je doktor ni. Terus dia prescribed 2 krim sapu ni. Kalau pergi check up then doktor tu cakap "sapu nipis-nipis je" haa confirm contain steroid!

Aku memang berat sangat hati nak sapu tapi husband la dok suruh jugak. Yelah doktor yang bagi kannn blueekkk doktor over-confident. Aku just sapu 2 3 hari je and 3 4 kali jugak rasanye pastu stop dah taknak! Aku cakap kat husband nak guna natural cream, natural way only. Tunjuk kat dia kesan cream tu baru la die pecaya. Lepas sapu tu memang la nampak hilang merah tapi kulit naqi kering gila gila gila. Kulit kepala die macam kena cradle cap pulak. Aku sapu muka dgn kepala je sebab memula area situ je timbul ruam.

Bila da stop, aku just pakai herbal blend Shaklee dgn bagi naqi minum 2 titik cmd sehari. Mula la dalam sebulan jugak la kepala naqi timbul mcm lebam bengkak, bintik-bintik macam chicken pox. Sedih sangat tengok, lelagi kalau bengkak tu attack mata dia, mcm ketumbit dah :( dengan kulit gatal plus kering. Tido malam memang susah. Bengkak sini turun, bengkak sana pulak naik. Area badan memang kurang. Area yg pernah sapu steroid cream teruk skit lelagi leher.

Badan dah tak naik merah since die 6 bulan lebih. Start kena ekzema mase 5 bulan tepat. Kepala dengan muka dia tak elok lagi, turun naik merahnya ( kesan steroid ) aku just teruskan bagi minum + spray cmd dgn sapu pelembap. Belakang kepala naqi paling teruk, asyik darah je sebab garu gatal sangat! Segan nak bawak dia keluar, orang mesti tanya kenapa kepala luka- luka :(

Kepala naqi dah tak naik merah and gatal masa dia 7 bulan lebih gitu. So tinggal pipi dia pulak tak surut merah sampai la die 8 bulan lebih. Sekarang lagi 2 minggu nak masuk 10 bulan merah kat pipi dah 2 minggu takde naik dah. Mom is happy!

Alu baru sapu 3 4 kali pon amek masa 2 3 bulan nak hilang. Kira nasib baik la sebab kira cepat jugak ni. Steroid cream ni kalau dah 2 minggu straight ko guna, nak hilangkan kesan dia tu makan bertahun. Bayangkan yg da guna bertahun. Aku join banyak group ekzema kat facebook tu, kesian sangat tengok yang berair berdarah bagai. Ada yang doktor paksa pakai steroid cream, nangis tengok anak. Carilah natural way and non-steroid cream ye. Nanti aku share gune cream apa utk moisture kulit kering!

Thursday, March 17, 2016

#parenthood My lovely 9 month anaqichan!

Post without picture lagi :( haish. Alhamdulilah anaqi semakin sihat, dah dua bulan badan tak naik merah. Pipi pon dah bersih, tinggal leher je kekadang naik merah tapi maybe ruam sebab cuaca panas sekarang. Dah takde ekzema kan sayang? Hehe pergi check up untuk 9 month semalam tinggi naqi dah 70cm, berat 7.86kg. Everything normal and gooooddd. Nurse pon impress tengok naqi sebab last time masa check up 6 month dia pon ingat kulit naqi kering gila, pipi merah kemain. Sekarang kulit anaqi dah selembut sutera kembali hahaha. Naqi tak kena vaksin pon, terus ke one year nanti. Fuh selamat sebab sekarang aku tengah study bab vaksin ni. Too many pros and con, lelagi for eczema baby. Still in doubt, but husband suruh vaksin. Kita merancang, yang menentukan yang di atas :)

Progress naqi for 9 month ni takde banyak sangat kot sebab sumanya dia dah buat awal haha. Now tengah belajar berjalan jelah. Walker dah jual, ganti dengan push walker. Dah segala benda dia nak tolak, bila sampai dinding mengamok! Tak reti nak control kiri kanan lagi heh

Nak mengajar die buat something payah betul, bila aku ajar die tepuk tangan langsung tak pay attention. Ajar sebut mom pon ntah apa die bebel balik dengan kerut-kerut dahi die tu, tepuk karang! Makin manja, manja teruk punya haha. Orang cakap baby yg kita jaga sendiri double manja dari yg hantar pengasuh. Suka mengigit, satu badan aku ni dia gigit. Bila aku jerit sakit, dia pulak yang nangis! Heh stress mom naqi oi! Dipijak-pijak, lompat-lompat atas badan mom di ni. Selamber dia je. Camne nak pregnant lagi ni? Haha sayang anaqi!

Wednesday, February 17, 2016

#parenthood The cheeky 8 months Anaqi!

Internet tak masuk lg so post without pictures lg :( haaaa btw my anaqichan dah 8 months! Makin besar makin banyak akal, yang penting semakin beremosi haha.

Gigi anaqi dah tumbuh 5 batang dah, bawah 3 and atas 2. Tapi yang atas tu gigi taring dulu haha! Takut gigi die tak cantik mcm aku je. Tapi alang cakap anak buah aku syikin tu pun dulu gigi taring tumbuh dulu and now cantik tersusun je gigi die. Lega sikit aku dengar haha! Tapi kalo gigi rabbit lg cantik sebab die boleh mengunyah dah. Sekarang dia still tak reti kunyah. Aku bagi snack die tolak balik, puree je ok. Nak bagi die snack sebab ekzema banyak dia alergy makan, so nak la bagi dia organik snack bagi tak berapa lapar. Makan puree pon memilih jugak ni, benda manis sangat macam pisang ke betik ke dia luak kan. Haa bagusnya kalau awak tak alergy kan sayang.

Anaqi pon dah pandai berdiri sendiri hehe macam biasa la first time aku nampak memang menjerit seronok la. Lelagi dalam tab mandi tu suka sangat berdiri, takut jatuh je sebab licin. Sebelum ni memang pernah jatuh pun terhentak kat tepi tab tu. Tapi jiwa kental punya budak tak serik-serik. Ok lepas dah boleh berdiri lama ni kita train tatih pulak ye sayang, mane la tau 10 months dah boleh jalan so kita boleh holiday! Gagaga

Tang banyak akal dengan emosi ni kekadang geram jugak ni. Manja tu memang la manja tapi ada certain things aku nak naqi faham 'no' 'cannot' 'tak boleh' means totally forbidden for him to play with. Ada sekali dia makan charger phones, aku ambil then letak tempat tinggi. Dia punya nangis memberontak tu kemain lagi but aku biarkan je. Situasi macam ni memang tak boleh manja la kan. Ubat nyamuk pon sama, suka pegang-pegang tapi bila aku say 'no anaqi!' Dia senyum pastu datang gigit aku haha. Takpelah slowly ye.

Anaqi pon da paham bila nak keluar. Selalu kalau dok umah aku dgn joe pakai shorts je. Bila dia nampak mom and dad dia fully dressed, ha dia tantrum nangis mintak dokong. Bila dah dokong amboi gembira hati gelak sambil trademark dia menggigit. Joe nak pegi keje pon dia nangis nak ikut hehe berlakon sgt naqi.

Suka tengok dia makin paham ini apa itu apa. Tengok pocoyo ke dia gelak-gelak, ntah apa yang dia paham pon tak tau haha. Dah tau tempat tido dia kat mana. Manja kemain nak baring atas badan kita je sampai tertido, kadang aku yg tertido hehe. Ekzema dia pun dah lama tak hinggap haha. Cuma pipi tu naik turun tp x teruk, ok la kena monitor jelah apa dia makan suma. InsyaAllah makin fully baik ye sayang. Mom harap naqi makin sihat ye sayang. Love u baby.

Monday, January 18, 2016

#parenthood Happy 7 months anaqichan!

Haih 3 hari lewat dari date sebenar. Haih internet tak masuk lg, susah nak update blog! Guna hp ni pulak tak boleh nak up gambar sekali. Ntah pehal ntah apps blog ni, bengap! Hahaha

Ok2 back tu title, happy 7 month anaqi sayang! This month tak tau la berat dengan tinggi naqi berapa sebab dah takde check up kan so kita agak-agak jelah. Meja makan tu jadi tempat ukur tinggi naqi sebab dia suka sgt berdiri kat kerusi makan, pastu tangan dah capai atas meja means naqi makin tinggi! Hmm berat pulak mom makin tak larat nak dokong naqi lelama means dah 7kg++ kot hehe

Progress paling best naqi dah tumbuh 2 batang gigi rabbit! Yeah! Air liur kemain menjejeh je pastu stop kejap sbb dah tumbuh gigi tapi ni menjejeh balik heerrgh gigi atas pulak kot nak tumbuh.

Aktif sangat merangkat sini sane, habis kotor lutut seluar. Dah la mesin basuh rosak, lenguh tangan menyental seluar naqi tu tau tak? Target naqi pandai jalan dah 11 bulan nanti boleh lah direalisasikan eh naqi eh? Kamon naqi hehe

Haa utk 7 months dad belikan walker little beans (mom berjaya hasut dad haha) but as expected la macam jumper jugak. Letak kejap je dalam walker tu dah merengek nak keluar. Walker tu jadi tempat dad dodoikan naqi tido je haha. Plg besar, dad bagi naqi rumah baru utk naqi lagi bebas explore.

Bab ekzema, alhamdulilah makin terkawal. Bab permakanan die aku hadkan lagi, tak berani nak bagi memacam. Menggaru dah kurang, cuma die still akan menggaru sebab dah jadi macam habit. Tido malam still berjaga mintak susu, cepatlah reti tido malam straight 10 jam sayang oi!

Untuk sepanjang 7 bulan ni mom just harap ekzema naqi hilang pergi jauh tak timbul lagi. InsyaAllah amin.

Thursday, January 14, 2016

#joelean Moving to our new home!

Sementara tengah tidokan si Anaqi ni, nak update la sikit. Dapat online guna phone je, line internet tak masuk lg :(

Yeah! Finally we are moving out! Seronok betol rasanya haha takde lagi bunyi anak cina rumah depan sebelah bawah atas memekak terjerit. Takde lg bunyi konsert cina, bunga api bagai. Takde dah takdeeee.

Masa cari rumah aku still nak dok dalam kl tapi joe taknak. So selaku isteri mithali kena lah dengar cakap hehe. Dia dah berkenan stay kat area kajang kira orait la tu. Reason utama pindah memang sebab Anaqi. Nak bagi dia ruang lagi luas nak explore and taknak kulit die terdedah kat debu-debu kota tu ha ceeewah Hahaha. InsyaAllah tahun ni hidup kami semakin stabil nak bagi Anaqi senang

1st cari punya cari rumah, joe berkenan condo dekat saujana impian nun. Pergi tengok pon memang cantik and luas tapi agennya tu nama je cina tapi cakap macam tambi aje. Kejap harga ni kejap harga tu, lelama give up la hai! Pastu aku cari lagi jumpa la satu residence ni, memang cantik! Resort environment, masa pergi tengok pun rasa macam pergi bercuti pulak haha. Dapat pulak yang pool view memang tak fikir banyak terus setuju jelah, dan ngam dengan budget tu. Now dah move in, tak sabar nak decorate rumah nak pi ikea! Lalala behomian chic style decor! Kau tunggu! Nanti dah ada internet baru bole update blog bebanyak laa

Tuesday, January 5, 2016

#parenthood 2015 and Anaqi

Ouh dah page le berapa ni baru nak update pasal new year ni? Dah basi la lean :( haha sumpah aku takde masa langsung dah sekarang even diri sendiri pun dah tak terurus je rasanya. Baru anak sorang dah cenggini. Eh cuba kau jaga budak ada ekzema sebulan, tengok mana jauh boleh pergi. Ni kira nasib baik Anaqi tak berapa teruk macam yang lain menggaru ekstrem sampai berair bedarah bagai, Alhamdulilah la terkawal. InsyaAllah. Cuma tang nak tidur lena malam tu la ntah bila nak dapat :( Anaqi sampai sekarang dok 2 3 kali kekadang sejam sekali bangun mintak susu la, merengek tetiba laaaa sampai aku mengamok jugak la haha! Yelah, malam jelah masa nak rehat tapi tak dapat jugek. Haih sabarlah hati. Eh nak cakap pasal new year la! Boleh pulak luah perasaan.

Sebenarnya takde la new year sangat pon, just nak throwback memori anugerah terindah yang Allah bagi pinjam untuk aku dengan suami. JOHAN ANAQI BIN JOHAN AZARI. 1st dapat tau pregnant, mom memang stress sayang. Tapi lelama mom cuba adapt the fact sampai la syg lahir. Even masa sayang lahir tu mom memang happy tapi tak terasa lagi gembira ada anak tu hehe. Hari kedua sayang lahir, mom pandang orang katil sebelah cium anak dia. Baru mom perasan yang mom langsung tak cium awak selain masa nurse tunjuk awak masa kat bilik bedah. Hmm tu la mom cakap perasaan tu tak timbul lagi. Tapi lama-lama sayang tu makin dalam dalam dalam sangat! Pandang awak, masa awak tidur tu rasa nak picit-picit je sebab sayang sangat! Ok kita throwback dari 1st month sampai lah awak dah 6 month ni.

14 Jun 2015 - 14 Julai 2015.
10.20 malam, awak keluar dari perut mom secara caesarian sebab heartbeat awak tinggi. Kite kena dok hospital 2 hari je, awak kena kuning tapi sikit je. Alhamdulilah. Ape je yg awak pandai masa 1st month ni ye? Haa tepat je masuk 30 hari awak bole berborak sikit! Haha dah nampak dah tanda suka bercakap tu. Awak tak suka tidur, newborn lain kemain tidur lama tapi awak tak pun. Awak dah pandai tidur malam masa dah sebulan lebih tu tp still la bangun mintak susu.





14 Ogos 2015.
U are 2 month now! Awak tak reti pape sangat pun tapi aktif sangat berborak siap buat memek muka. Dan awak jenis bangun awal sangat. Selalu 6.30pagi dah bangun pastu ajak borak. Sampai skrg awak still bangun awal tau tak baby? Last day awak dua bulan tu awak dah boleh meniarap sendiri! Ingat lagi malam kita baru balik shopping kot. Mom letak awak kat toto pastu borak dgn dad. Then dengar suara awak meneran, mom and dad pandang la awak terus meniarap. Menjerit kami masa tu sebab seronok tengok! Esoknya awak dok la nak meniarap je. Masa tidur pun tetiba meniarap pastu nangis tak reti nak baring balik eh?





14 September 2015.
3 months dan awak makin gasak. Masa ni awak tak reti mengesot lagi, just pusing-pusing macam breakdance je hehe. Haa awak dari 1st month sampai la awak pandai main sendiri ni kan awak asyik nak dokong je sebab awak cepat bosan pastu tak boleh nak buat pape pulak kan? I feel u sayang haha sebab tu perangai mom yang awak copy!



14 Oktober 2015.
Time ni awak memang betul-betul start aktif. Dengan riuh borak plus dah boleh mengesot laju sini sana. Awak pon dah boleh merangkak tapi statik la just goyang punggung depan belakang, angkat punggung macam nak lari pecut. Mom pon terpaksa letak halangan ke bilik dengan ke dapur, kalau tidak habis kotor baju tu.




14 November 2015.
Happy and sad month. U are 5 month and awak kena ekzema masa ni :( sedih sangat mom rasa. Pergi jumpa pakar and he said ur ekzema quite severe. Huaa lagilah sedih! Tapi alhamdulilah lah awak tak berapa teruk pada mom. Dan yang paling happy awak pandai merangkak dah! Wohoo! Mom bagi awak masuk bilik sume sebab awak tengah nak explore kan. Awak pun suka memanjat nak berdiri je, 2 3 kali jugak masa awal-awal tu awak jatuh terantuk kat lantai sebab tek reti nak turun sendiri. Tapi pastu awak pandai dah turunkan bontot slowly sampai terduduk hehe good boy!






14 Disember 2015.
Dah 6 bulan anak mom. Dah boleh start solid food dah tapi masa try and error memang mom seram sangat sebab awak ekzema. Kejap-kejap mom tengok badan awak naik merah ke tak. Awak pun makin manja sangat! Awak suka berkepit je, panjat badan la bergolek atas badan la and suka benar tarik rambut tau! Satu muka ni pon habis awak nak korek! Sekarang ni mom tengah nak ajar awak turun dr tilam pulak. Selalu main terjah je nak turun, nasib tak gune katil tau! And one thing gigi awak dah tumbuh sebatang! Mom tension sangat masa awak garu pipi sampai berdarah, sebelum ni awak tak pernah nak garu pipi pun! Rupanya awak tak selesa gusi bengkak nak tumbuh gigi hehe.





And now we still counting for your development sayang. Yes mom tau awak punya progress cepat and im happy for that. But for this 2016, i really wish that your allergy+ekzema will go away! I will be triple happy if u are free from any sickness. Mom nak Haha buat sujud syukur rasanya. Sayang kuat ok?

 Mom and dad love u Johan Anaqi nonot nonot!