Monday, January 18, 2016

#parenthood Happy 7 months anaqichan!

Haih 3 hari lewat dari date sebenar. Haih internet tak masuk lg, susah nak update blog! Guna hp ni pulak tak boleh nak up gambar sekali. Ntah pehal ntah apps blog ni, bengap! Hahaha

Ok2 back tu title, happy 7 month anaqi sayang! This month tak tau la berat dengan tinggi naqi berapa sebab dah takde check up kan so kita agak-agak jelah. Meja makan tu jadi tempat ukur tinggi naqi sebab dia suka sgt berdiri kat kerusi makan, pastu tangan dah capai atas meja means naqi makin tinggi! Hmm berat pulak mom makin tak larat nak dokong naqi lelama means dah 7kg++ kot hehe

Progress paling best naqi dah tumbuh 2 batang gigi rabbit! Yeah! Air liur kemain menjejeh je pastu stop kejap sbb dah tumbuh gigi tapi ni menjejeh balik heerrgh gigi atas pulak kot nak tumbuh.

Aktif sangat merangkat sini sane, habis kotor lutut seluar. Dah la mesin basuh rosak, lenguh tangan menyental seluar naqi tu tau tak? Target naqi pandai jalan dah 11 bulan nanti boleh lah direalisasikan eh naqi eh? Kamon naqi hehe

Haa utk 7 months dad belikan walker little beans (mom berjaya hasut dad haha) but as expected la macam jumper jugak. Letak kejap je dalam walker tu dah merengek nak keluar. Walker tu jadi tempat dad dodoikan naqi tido je haha. Plg besar, dad bagi naqi rumah baru utk naqi lagi bebas explore.

Bab ekzema, alhamdulilah makin terkawal. Bab permakanan die aku hadkan lagi, tak berani nak bagi memacam. Menggaru dah kurang, cuma die still akan menggaru sebab dah jadi macam habit. Tido malam still berjaga mintak susu, cepatlah reti tido malam straight 10 jam sayang oi!

Untuk sepanjang 7 bulan ni mom just harap ekzema naqi hilang pergi jauh tak timbul lagi. InsyaAllah amin.

Thursday, January 14, 2016

#joelean Moving to our new home!

Sementara tengah tidokan si Anaqi ni, nak update la sikit. Dapat online guna phone je, line internet tak masuk lg :(

Yeah! Finally we are moving out! Seronok betol rasanya haha takde lagi bunyi anak cina rumah depan sebelah bawah atas memekak terjerit. Takde lg bunyi konsert cina, bunga api bagai. Takde dah takdeeee.

Masa cari rumah aku still nak dok dalam kl tapi joe taknak. So selaku isteri mithali kena lah dengar cakap hehe. Dia dah berkenan stay kat area kajang kira orait la tu. Reason utama pindah memang sebab Anaqi. Nak bagi dia ruang lagi luas nak explore and taknak kulit die terdedah kat debu-debu kota tu ha ceeewah Hahaha. InsyaAllah tahun ni hidup kami semakin stabil nak bagi Anaqi senang

1st cari punya cari rumah, joe berkenan condo dekat saujana impian nun. Pergi tengok pon memang cantik and luas tapi agennya tu nama je cina tapi cakap macam tambi aje. Kejap harga ni kejap harga tu, lelama give up la hai! Pastu aku cari lagi jumpa la satu residence ni, memang cantik! Resort environment, masa pergi tengok pun rasa macam pergi bercuti pulak haha. Dapat pulak yang pool view memang tak fikir banyak terus setuju jelah, dan ngam dengan budget tu. Now dah move in, tak sabar nak decorate rumah nak pi ikea! Lalala behomian chic style decor! Kau tunggu! Nanti dah ada internet baru bole update blog bebanyak laa

Tuesday, January 5, 2016

#parenthood 2015 and Anaqi

Ouh dah page le berapa ni baru nak update pasal new year ni? Dah basi la lean :( haha sumpah aku takde masa langsung dah sekarang even diri sendiri pun dah tak terurus je rasanya. Baru anak sorang dah cenggini. Eh cuba kau jaga budak ada ekzema sebulan, tengok mana jauh boleh pergi. Ni kira nasib baik Anaqi tak berapa teruk macam yang lain menggaru ekstrem sampai berair bedarah bagai, Alhamdulilah la terkawal. InsyaAllah. Cuma tang nak tidur lena malam tu la ntah bila nak dapat :( Anaqi sampai sekarang dok 2 3 kali kekadang sejam sekali bangun mintak susu la, merengek tetiba laaaa sampai aku mengamok jugak la haha! Yelah, malam jelah masa nak rehat tapi tak dapat jugek. Haih sabarlah hati. Eh nak cakap pasal new year la! Boleh pulak luah perasaan.

Sebenarnya takde la new year sangat pon, just nak throwback memori anugerah terindah yang Allah bagi pinjam untuk aku dengan suami. JOHAN ANAQI BIN JOHAN AZARI. 1st dapat tau pregnant, mom memang stress sayang. Tapi lelama mom cuba adapt the fact sampai la syg lahir. Even masa sayang lahir tu mom memang happy tapi tak terasa lagi gembira ada anak tu hehe. Hari kedua sayang lahir, mom pandang orang katil sebelah cium anak dia. Baru mom perasan yang mom langsung tak cium awak selain masa nurse tunjuk awak masa kat bilik bedah. Hmm tu la mom cakap perasaan tu tak timbul lagi. Tapi lama-lama sayang tu makin dalam dalam dalam sangat! Pandang awak, masa awak tidur tu rasa nak picit-picit je sebab sayang sangat! Ok kita throwback dari 1st month sampai lah awak dah 6 month ni.

14 Jun 2015 - 14 Julai 2015.
10.20 malam, awak keluar dari perut mom secara caesarian sebab heartbeat awak tinggi. Kite kena dok hospital 2 hari je, awak kena kuning tapi sikit je. Alhamdulilah. Ape je yg awak pandai masa 1st month ni ye? Haa tepat je masuk 30 hari awak bole berborak sikit! Haha dah nampak dah tanda suka bercakap tu. Awak tak suka tidur, newborn lain kemain tidur lama tapi awak tak pun. Awak dah pandai tidur malam masa dah sebulan lebih tu tp still la bangun mintak susu.





14 Ogos 2015.
U are 2 month now! Awak tak reti pape sangat pun tapi aktif sangat berborak siap buat memek muka. Dan awak jenis bangun awal sangat. Selalu 6.30pagi dah bangun pastu ajak borak. Sampai skrg awak still bangun awal tau tak baby? Last day awak dua bulan tu awak dah boleh meniarap sendiri! Ingat lagi malam kita baru balik shopping kot. Mom letak awak kat toto pastu borak dgn dad. Then dengar suara awak meneran, mom and dad pandang la awak terus meniarap. Menjerit kami masa tu sebab seronok tengok! Esoknya awak dok la nak meniarap je. Masa tidur pun tetiba meniarap pastu nangis tak reti nak baring balik eh?





14 September 2015.
3 months dan awak makin gasak. Masa ni awak tak reti mengesot lagi, just pusing-pusing macam breakdance je hehe. Haa awak dari 1st month sampai la awak pandai main sendiri ni kan awak asyik nak dokong je sebab awak cepat bosan pastu tak boleh nak buat pape pulak kan? I feel u sayang haha sebab tu perangai mom yang awak copy!



14 Oktober 2015.
Time ni awak memang betul-betul start aktif. Dengan riuh borak plus dah boleh mengesot laju sini sana. Awak pon dah boleh merangkak tapi statik la just goyang punggung depan belakang, angkat punggung macam nak lari pecut. Mom pon terpaksa letak halangan ke bilik dengan ke dapur, kalau tidak habis kotor baju tu.




14 November 2015.
Happy and sad month. U are 5 month and awak kena ekzema masa ni :( sedih sangat mom rasa. Pergi jumpa pakar and he said ur ekzema quite severe. Huaa lagilah sedih! Tapi alhamdulilah lah awak tak berapa teruk pada mom. Dan yang paling happy awak pandai merangkak dah! Wohoo! Mom bagi awak masuk bilik sume sebab awak tengah nak explore kan. Awak pun suka memanjat nak berdiri je, 2 3 kali jugak masa awal-awal tu awak jatuh terantuk kat lantai sebab tek reti nak turun sendiri. Tapi pastu awak pandai dah turunkan bontot slowly sampai terduduk hehe good boy!






14 Disember 2015.
Dah 6 bulan anak mom. Dah boleh start solid food dah tapi masa try and error memang mom seram sangat sebab awak ekzema. Kejap-kejap mom tengok badan awak naik merah ke tak. Awak pun makin manja sangat! Awak suka berkepit je, panjat badan la bergolek atas badan la and suka benar tarik rambut tau! Satu muka ni pon habis awak nak korek! Sekarang ni mom tengah nak ajar awak turun dr tilam pulak. Selalu main terjah je nak turun, nasib tak gune katil tau! And one thing gigi awak dah tumbuh sebatang! Mom tension sangat masa awak garu pipi sampai berdarah, sebelum ni awak tak pernah nak garu pipi pun! Rupanya awak tak selesa gusi bengkak nak tumbuh gigi hehe.





And now we still counting for your development sayang. Yes mom tau awak punya progress cepat and im happy for that. But for this 2016, i really wish that your allergy+ekzema will go away! I will be triple happy if u are free from any sickness. Mom nak Haha buat sujud syukur rasanya. Sayang kuat ok?

 Mom and dad love u Johan Anaqi nonot nonot!