Wednesday, September 30, 2015

#throwback What i miss during pregnant?


  • Of course baby bump!
    Sape yang tak suka tengok baby bump lelagi sendiri punya. Teruja sangat! Tengok perut pastu senyum sorang hehe. Yang buat stress bila baju dengan seluar semua dah tak muat sebab bump dah makin besar. Daripada tak suka pakai skirt, terus pakai skirt kalau keluar. Nak bagi baby selesa kat dalam tu kan, jangan la paksa diri tu pakai ketat. 
  • Baby kicking!
    Terpaling paling paling rindu! Rasa nak suruh Anaqi masuk perut balik je walaupun sekarang dia tetap suka menendang nendang sampai sakit luka caesar aku ni. Teringat masa dah 18 minggu pregnant tu tertunggu-tunggu rasa kena tendang. Comel je awal-awal tu rasa macam kena cuit je tapi lama-lama kemain kuat! Paling geram dia tendang bawah, rasa nak terkencing aje. Masa nak tidur ambil tangan suami letak kat perut bagi sama-sama rasa kena tendang hehe rindu! Cepat masuk perut balik Anaqi!
  • Talk with Bump!
    Ni pun selalu buat. Selalunya masa tengah sedih, terasa dengan husband ke hehe. Aku akan mengadu dengan baby bump. Sebelum tidur pun selalu usap perut sambil zikir, selawat harap baby sempurna, sihat dan baik budi pekerti macam mum! haha
  • Makan!
    Fyi, aku takde mengidam apa-apa pun. Saja buat mengidam ada la, mintak ini mintak itu. Syok sebab suami mesti bagi punya haha tapi jaga la makan jugak sebab fikir after giving birth nanti nak badan slim balik!
  •  Rambut tak gugur langsung!
    Ini pun aku suka sangat sebab takde la semak rumah dengan rambut. Masa pregnant boleh kira lah berapa helai je rambut yang gugur. Tapi hoi lepas dah dua bulan beranak mencanak-canak dia gugur! kuajaq betol
  • Mood Swing!
    Yang ini memang suami aku pening melayan. Tak boleh kena tegur, tinggi suara ke apa mesti air mata aku mengalir deras sederasnya ahaha.
  • Cuti Memasak!
    Ini terbaik jugak ni sebab pembawakan baby bak kata orang haha tapi memang start mengandung tu aku punya malas memasak tahap maksimun infiniti punya. Huh terpaksa la suami aku beli je makanan kat luar pastu beli bukan boleh sebarang beli pulak haha kena ikut tekak aku terasa nak makan apa
  • What i dont miss during pregnant?
    Muntah muntah muntah masa first and second trimester. Sakit jugak hati sehari tu berkali-kali jugak berlari ke toilet. Dan rasa nak kencing je sepanjang 9 bulan lebih tu, tak boleh nak tahan kejap pun. masa tidur memang akan bangun pergi toilet

Monday, September 28, 2015

#parenthood Natural Remedies lemon untuk bayi demam

Sekarang musim jerebu huh memang risau sangat kalau Anaqi tiba-tiba sakit demam ke asma ke. Last week memang dia ada bersin-bersin dengan batuk tapi badan tak panas pun. Aku just titik CMD kat air mandi dan dekat air susu dia je. Dan paling penting make sure laluan hidung dia bersih takde tahi or apa-apa yang halang dia bernafas! Aku memang pantang kalau nampak tahi hidung dia ahaha geram! Dia pulak tak suka kena korek hidung tu.

 Tapi dah nasib dia boleh pulak demam pastu, nasib malam tu memang dah balik rumah emak, kot Anaqi buat perangai ke ada la tukang back up jaga dia. Tapi Anaqi ni jenis tahan, dia langsung tak merengek walaupun aku rasa badan dia memang bahang sungguh dah. Memang niat taknak bawak klinik dulu sebab tu baru hari pertama dan kalau bawak klinik pun bukan doktor boleh prescribe ubat untuk budak bawah setahun pun. Buat penat aku menunggu aje kat klinik tu. So malam tu aku dan start tuam badan dengan kepala dia just dengan air, titik CMD jugak la. Letak je tuala basah kat kepala dia. Alhamdulilah Anaqi tak merengek langsung tidur malam tu.

Esoknya pagi tu aku terus suruh suami beli lemon. Aku potong slice pastu letak kat tapak kaki Anaqi, then sarung stokin. Every one hour aku tukar lemon baru. Pastu letak air+CMD+jus lemon dalam botol spray. Spray satu badan dia, lelagi kepala. Asal kering je spray! Asal spray je kering! Tak payah pakaikan dia baju or pakai baju lubang-lubang tu aje, takda la panas. Dalam petang pukul 4 5 camtu suhu badan Anaqi dah back to normal! haha seronok hati! Tak sampai sehari pun dia demam

Dear lemon, u have saved my life!

#resepi Spaghetti Bolognese pedas tak berapa pedas

Aku tak tahu nak letak nama apa spaghetti ni ahaha sebab niat nak buat pedas tapi takde la pedas mana pun aku rasa. Dapat suami tak makan pedas ni, ish kena control dah tahap kepedasan masakan. Resepi ni aku dapat dari hasil google tapi lupa kat blog sapa, hambik la credit untuk tuan empunya resepi. Tapi aku ada topup jugak bahan-bahan lain, so its officially my recipe! Ni resepi untuk satu botol sos kimball tu, around 6 7 orang kot boleh makan tapi aku makan berdua je ahaha

Spaghetti (rebus siap-siap, letak sikit minyak or marjerin masa rebus tu supaya spaghetti tak melekat)
Daging cincang
Sebiji bawang besar (potong dadu)
5 biji bawang putih (tumbuk)
Cili boh (aku guna 3 sudu besar, nak pedas tambah la lagi. Dapat cili padi potong kecik pun sodap)
tomato (potong dadu)
Cendawan butang(potong leper-leper tu)
Tomato puree
Sos Spaghetti bolognese (aku guna kimball)
Mixed herbs, oregano sahaja pun ok (jangan kau guna yang untuk buat kari tu pulak)
Serbuk lada hitam

Tumis bawang besar sampai kekuningan, masukkan cili boh. Bila cili boh dah masak, naik minyak gitu bolehlah masukkan daging pulak. Tunggu sampai daging dah masak (air daging dah agak kering). Nak masuk garam sikit pun bole masa ni.
Masukkan cendawan, gaul sekejap then masukkan tomato puree dengan tomato potong dadu, Masukkan bawang putih tumbuk. Nak masukkan extra ingredients macam capsicum pon nice juga. Gaul dan gaul dan gaul la sampai tergaul ye
Pastu masukkan sos spaghetti. kalau masam sangat boleh tambah air ok. Perasakan juga dengan lada hitam dan mixed herbs, sukatan ikut sukahati awak la nak banyak mana. Kalau aku memang suka herbs banyak. Biarkan mendidih lama sikit then siap!
Boleh dihidang untuk yang tersayang

Monday, September 14, 2015

#parenthood Satu Dua Tiga Anaqi!



 Hari ni Anaqi dah tiga bulan! Membesar dengan sihat sayang!
56 kg
61 cm

#parenthood Pengalaman bersalin Pembedahan / Caesarian Hospital Ampang

Alang-alang bosan Anaqi tidur awal ni, aku nak share pengalaman beranak anak pertama aku. Kedua ketiga ntah bila, jangan tanya sebab seriau tu still ada lagi haha!
Masa mengandung dah akhir-akhir bulan ni orang kata selalu kena false contraction kan? tapi aku ni tak tahu lah sama ada tak reti nak rasa ke, memang kuat tahan sakit ke sebab aku takde rasa apa-apa sakit pun sampai la nak beranak tu. Pastu yang orang duk kata contraction makin lama makin kerap tu pun aku tak paham apa rasanya! Tapi masa dalam pantang haritu aku ada tanya akak ipar aku, yang sakit kat bahagian tulang rusuk tu contraction ke? Dia kate iyelah tu haha baru aku tahu sebab aku rasa sakit tu kekadang je tu pun masa naik kereta je. Ingatkan baby tendang kuat sangat sebab memang terasa macam tulang nak terkeluar je. Due date bersalin aku tarikh 14/6/2015 dan aku memang harap bersalin tarikh tu atau lambat dua tiga hari ke, taknak awal hehe. Aku confident dapat beranak normal sebab sepanjang cek pregnancy takde masalah selain hb rendah tapi start 7 bulan hb aku dah cantik dah atas 11 aje. Punyalah cari ilmu, baca review petua bagai sini sana. Paling kelakor aku tengok video orang beranak caesar je, taknak tengok yang normal sebab takut terbayang masa nak teran beranak nanti.

14/6/2015
Bangun tidur tu aku terus terfikir harini due date! takutnye! tapi takde pun rasa sakit apa-apa, semua orang dah sebuk dok whatsapp tanya dah beranak ke belum. Sampai lah ke esoknya.

15/6/2015
11 pagi - aku rasa sakit pinggang dengan rasa macam nak period. Tapi takde la expect apa-apa sebab memang selalu la sakit pinggang masa mengandung ni, aku baring aje. Pastu aku rasa macam nak buang air besar aje. Start dari 8 bulan mengandung memang aku tak berani nak teran sangat kalau buang air besar. Kali ni 2 3 kali jugak aku keluar masuk toilet tapi still tak expect apa-apa. Aku baring berkemban dengan tuala aje. Masa buka tuala tu aku tengok ada tompok coklat kat tuala tu tapi dalam kepala fikir "eh aku buang air besar tadi basuh tak bersih kot" ahaha.

2 petang - Tukar la pakai seluar pulak pastu baring balik, tak lama pastu aku nak pergi toilet lagi, buka panties tengok "eh ada tompok coklat lagi lah! tapi bukan kat bahagian belakang ni" Masa ni la baru aku yakin nak beranak dah ni siap tunjuk kat suami lagi hehe Ingat kitorang nak rushing berlari ke hospital ke? Relek lagi sebab aku kan confident beranak normal pastu baca review mostly kata anak first bukaan lambat dan aku just blood showing aje. Sedar benda ni dalam pukul 3pm.

4.30 petang - Baru keluar rumah tapi bukan terus pegi hospital pun, pegi kedai makan dulu hehe sebab aku tak makan apa-apa dari pagi tu. Confident lagi minum milo suam untuk tenaga nak meneran haha.

6 petang -  Gerak ke Hospital Ampang bahagian bersalin tu. Takde orang langsung masa aku datang so aku terus masuk tukar baju dan doktor tu pasang alat CTG tanya ini itu ini itu. Doctor tanya ad rasa sakit apa-apa tak? "takde" Takde rase contraction? "takde" haha tapi kat alat CTG tu memang ada detect contraction tapi tak sakit. Mula la dia nak seluk aku, ni doktor baru rasanya. Sakit weh dia seluk, dia kate dah 4cm ni pastu eh dah 5cm haha dia terkejut aku lagi la terkejut. Pastu datang lagi sorang doktor seluk lagi sekali nak confirmkan betul-betul bukaan, hmm memang dah 5cm pon. Aku tanya kena duduk wad dulu ke? Doktor kate eh takyah, kena tolak bilik bersalin terus. Tapi bilik bersalin tengah penuh so aku tunggu la dulu dengan suami dekat tempat menunggu tu. Siap bole bergelak sakan, whatsapp orang sini sana bagitau " aku nak beranak malam ni woi".

8.30 malam -  Nurse tolak aku naik ke bilik bersalin. Memang berdebar sangat rasa, kepala dok fikir strategi meneran haha. Sampai bilik bersalin tu standard prosedur la pasang CTG tu. Yang malunya, yang pasang alat keluarkan air kencing dengan pecahkan air ketumban lelaki la :( pasrah ajelah. Tapi aku pelik sebab aku baca orang kata air ketumban jernih dan takde bau tapi aku punya berbau macam hancing sikit haha. Lepas dia pecahkan ketumban ni yelah sakit kat tulang tu kerap rasanya. Suami aku masuk dok tepi pastu aku tengok doktor nurse dok ulang alik bilik aku. Doktor tu tanya aku "awak demam ke?" aku jawab la "eh, mana ada" Dia letak termometer dalam mulut cek suhu aku normal aje. Time ni aku tak tau apa-apa lagi. Lama sikit sorang doktor perempuan ni masuk, cantik doktor ni haha dia cakap "Puan Zalina dengan suami, dengar ye baik-baik apa saya cakap. Heartbeat baby tinggi dari tadi, 180 ke atas. Kami tak dapat detect apa masalah baby distress. Dan air ketumban warna hijau cair means baby dah berak sikit kat dalam tu. So kami dah bincang dengan pakar decide buat emergency caesar sebab kalau kita tunggu sampai bukaan penuh takut heartbeat baby terus jatuh dari paras normal. Puan bincang dengan suami macam mana ok" Aku pandang joe "macam mana ni, caesar?" tapi joe tak boleh cakap apa hmm caesar jelah for baby's safety.

9.40 malam - Mula saat ni lah kepala aku blank sebab semua nurse dengan doktor kelam kabut nak siapkan aku ke bilik bedah. Wow masuk tiub untuk air kencing tu sumpah sakit! Tiga kali rasanya dia buat, memang ketap bibir jelah aku menahan. Dorang angkat aku dari katil ke katil, nak sign borang bedah tu tangan aku menggigil-gigil. Masa salam minta maaf kat joe pun, rasa nak menangis je, terasa macam tak dapat nak jumpa lagi je :(

9.50 malam - Da sampai bilik bedah ramailah pakar kiri kanan depan belakang pun rushing jugak sesuai lah dengan tema emergency caesar kita ye haha. Dorang suntik ubat kebas dengan epidural kot kat belakang badan aku, tangan aku kiri kanan terlentang dah kena cucuk masuk air, pastu bg aku bau yang "happy gas" tu. Tapi sikit pun aku tak mamai, kepala takde melayang mana. Aku dok fikir "tangan ni apehal tak reti nak berhenti mengigil ni? malu lah orang tengok" Masa doktor dok belah perut tu aku ingatkan dia buat garisan dulu (pengaruh tv la ni) tapi lamanya dia buat garisan, rupanya dia memang belah betul la haha terasa perut kena godek-godek. aku pandang kiri kanan je, taknak pandang atas takut ternampak pastu dah dok terbayang video yang aku tengok tu dia belah satu-satu bahagian, tarik baby guna forcep tu hehe. Tengah dok memikir tu, tiba-tiba sorang doktor tu tekan-tekan bahagian atas perut aku " tahan ye puan, nak keluarkan baby" aku boleh pulak jawab " ha yelah" Pastu terus dengar suara baby nangis! tersenyum aku dengar suara dia, anak aku! Dalam 10 minit camtu nurse tunjuk baby, aku tengok baby "putihnya kulit! buntangnya mata! and yeah rambut lebat!" Nurse tanya " boy ke girl?" laju je jawab "boy!" hehe terus cium pipi baby, terharu sungguh. Selebihnya dok tunggu la doktor tu habis cantumkan perut aku ni ha, nurse kat sebelah tengok aku "awak sejuk sangat ye? saba ye doktor tengah jahit lapisan akhir" dah siap jahit bagai tu nurse tolak aku ke bilik pemerhatian kejap then terus admit wad bersalin. Kejap je doktor buat kerja, good!

Tapi nak start bangun dari katil pastu nak jejak kaki lepas dah 6 jam kebas tu memang betul-betul mencabar. kau nak capai handphone yang jarak tak sampai satu meter tu pun dia punya sakit, aiyoo. Pastu boleh nurse sorong troli baby letak kat side kanan katil, aku pulak duduk hadap side kiri. Nurse kata "baby berak". Hospital gov memang strict kan, kita kena buat semua sendiri kecuali mandikan baby. Huaa aku dok fikir macam mana aku nak ambil baby! Nak berdiri pun sakit, ni lagi nak berjalan. Nasib akak katil sebelah baik, dia tolong sorong troli baby ke aku hehe.

Nasihat aku, kau makan ubat yang nurse bagi tu ok sebab it help a lot. Lelagi ubat tahan sakit, at least takde la sakit sangat rasanya kau nak bangun ke tandas ke apa ye dan banyakkan berjalan sikit. Ada perempuan depan aku tu kena admit sebelum aku lagi, aku tengok dia tak bangun langsung. Masa nurse nak tukar pad dia pun nurse marah sebab dia tak berani nak bangun. Masa discharged pun suami dia tolak guna kerusi roda. Suami aku tanya nak guna kerusi roda tak? Aku jawab taknak je sebab nak berjalan. Masa nak slowkan kipas pun nurse tanya "kenapa tak minta tolong saya je slowkan", aku jawab "saja nak banyakkan jalan nanti cepat sembuh" hehe nurse senyum je, so kau pun jangan lah manjakan sangat sakit tu ye haha

here my Johan Anaqi bin Johan Azari, fresh from oven!

#wishlist Mamas&Papas Armadillo City Pushchair


Memula masa mengandung sampai beranak teringin nak stroller Halford Zuzz 4 tu. Tapi sekarang dah bertukar! ehehe harap ada la rezeki mom and dad belikan awak stroller ni iye Anaqi. Kot nak pegi holiday senang hehe ntah bila nak holidaynya :(

#resepi Ikan Pekasam

Masak pekasam pon kau nak post ke lean? Haa mestilah! favourite sepanjang zaman ni, rugilah sape tak reti makan tu termasuklah laki aku tu. Sanggup letak pekasam ni kat hujung meja haha boikot habis! Banyak stok ikan pekasam mak aku beli, asalnya untuk aku masa berpantang haritu tapi aku caeser pulak so tak berani nak makan. Beli dari Kedah, sedap gile! Ni cara aku masak

Ikan Pekasam Lampam (aku memang suka ikan lampam ni, ikan lain kurang)
Bawang hiris
Cili padi potong kecil-kecil
Limau nipis
Cara dia;
- Goreng la ikan tu. Ada cara jugak goreng ikan pekasam ni haha pro pekasam! minyak jangan banyak dan goreng Dalam dua minit sudah. Ikan pekasam  mana boleh goreng garing, hilang nikmat! 
- Lepas dah goreng ikan, tumis la pulak bawang dengan cili tu. Aku tambah sikit garam dengan perasa. Agak-agak bawang dah caramelize tu campak ikan dalam tu dengan gaul sebati.
- Lepas angkat letak dalam pinggan teruslah perah limau. Jangan perah time ikan dah sejuk, hilang nikmat! haha
Tengok gambar pun dah terliuq bak hang!

#wedding Hantaran

Haa yang ni memang yang paling lama la buatnya. Nak pulak aku buat hantarAn untuk both side so 7 + 9 la gamaknya. Semua barang aku beli kat Nilai 3 je, kedai Z C Sdn Bhd. Banyak-banyak kedai kat Nilai 3 tu, Z C je yang barang dia macam up to date sikit la, harga pun ok la. Actually, dah banyak kali aku buat hantaran untuk orang lain, cuma malas nak snap gambar bagai. Aku buat sorang je hantaran ni, ada sorang makcik dari kampung aku yang tolong-tolong bagi idea sikit masa malam sebelum nikah tu. Bab hantaran ni pun aku stress jugak, banyak benar pantang larangnya. Buat simple pun salah, nak jugak tengok hantaran serabut style dulu-dulu baru puas hati kot? lagi sekali, Bear in mind. Persetankan segala tohmahan kacau bilau makcik-makcik ahaha








For Him. Plus bunga telur jadi la 9 dulang







For Her. Plus bunga telur dengan dulang cincin ntah mana haha

Sunday, September 13, 2015

#wedding - Halal selepas 6 tahun

Patutnya post ni dulu baru la post pasal pelamin. Tapi lantak la situ hehe. For those yang kenal aku mesti dah tau dah dan dah sebati dah dengan joelean. Kalau nampak aku, mana joe? kalau nampak joe, mana lean? Kami in relationship since umur aku 19, now dah 26. Macam couple lain-lain jugak, pernah je gaduh, ada orang ketiga, putus sekejap dalam sebulan camtu. Tapi dah jodoh kot, rasa macam tak complete je kalau tak dengan dia. Kenal dengan dia masa masuk belajar ambil sijil KKHL. Pastu aku follow dia sambung diploma kat KPTM KL. Gigih sungguh terus daftar sambung diploma padahal masa tu tengah final exam KKHL. Sayang punya pasal kan? hehe Masa dah habis diploma memang plan nak kahwin tapi rezeki takde lagi. Sampai joe tension aku asyik tanya pasal kahwin aje. Tapi Allah nak tolong kita dirikan masjid, joe dapat rezeki lebih terus aku cakap "duit ni kita buat nikah" tu yang takde tunang bagai tu. Preparation semua aku buat sendiri, kebetulan masa tu raya so sekalikan aje dengan open house raya, bertambah jimat! Nasib side family aku ok, ala makcik-makcik yang bising mengata membebel tu kita campak tepi sebab tak membantu langsung. Ada tau makcik aku pi tonjol kepala aku sebab takde bilik pengantin, memang terasa nak menangis tapi tahan je. Sejak bila bilik pengantin masuk syarat sah nikah? Aku pentingkan yang wajib aje, nikah ni untuk memudahkan kita bukan menyusahkan. Bear in mind.
Aku akan post review satu-satu preparation yang aku buat, InsyaAllah ingat lagi even dah setahun berlalu haa. Boleh la kalau bakal-bakal pengantin nak buat guide untuk majlis korang!

see, one khemah only! jemput orang taman dengan kawan rapat aje

Bunga telur dengan pelamin! review pelamin dekat previous post eh
Make up pun aku diy yep! mak andam depan tu prop aje haha
They are just arrived, lewat setengah jam! tok kadi dah dok menungu dah. Aku pulak tension
Dorang lah tolong aku jadi wakil family joe. Mana family joe jangan ditanya lah


Si puteh tiba-tiba buat terjunan mengejut kat depan tok kadi, sampai melatah tok kadi tu hehe
Sah? Sah! Sah! Sah! Alhamdulilah
Ntah la kenapa aku suka buat weird face, turun ke anak lak tu habit nih


Puasnya hati dapat kahwin! kakakakah
Makcik-makcik taman
Kawan since sekolah rendah aka geng PROSTAR!
BFF aka Bridesmaids yang tak berapa nak maid
BFF  forever and ever with our husband
Ayah kawan togo jadi wakil joe, thank you sangat-sangat
BFF KKHL, dua ni la yang terbaik haha
Kawan KPTM
Dan a half of my Le Fimilia! Tangan nenek kat tengah tu macam posing nobody but you!
OK setel dah nikah. Nanti aku review segalanya termasuk veil yang tak seberapa tu ahaha

#diy Wedding - Pelamin Nikah

Fyi, aku nikah last year 23/8/2014. Everything was decided last minute dan diy! Less than dua bulan je kot preparation. No merisik no tunang, terus nikah! gelojoh la katakan haha. benda first yang aku setelkan adalah pelamin sebab memang kena book awal kan. Pelamin aku ni kat bawah ni

Simple right? tirai, bantal dengan bunga kat bawah tu aku sewa dekat Red Ribbon . Stool tu pulak dekat Your DIY project supplies . Bunga kiri kanan kecil dengan yang dekat atas tu collect dari bunga hantaran ahaha asal boleh guna
Puas hati!

Saturday, September 12, 2015

#resepi Nasi Goreng Cendawan dengan Telur

It can be nasi goreng cendawan or nasi goreng telur or both. Tibai la memana asalkan sedap boleh dimakan. Masak untuk dinner sebenarnya ni sebab aku jarang masak lunch pun, husband kerja kan. Malas dan tak sempat pun dengan jaga baby lagi. terkejar-kejar la sebab Anaqi jenis tak suka tidur and kalau tidur pun kejap je. So selalu masak dinner jelah untuk husband i ni makan haa. Meh tengok resepi

Resepi ni untuk 2 1/2 pot nasi so korang pandai la agak-agak iye,
Nasi (gaul dengan garam siap-siap ye)
3 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih (tumbuk)
Dua biji telur
Cili kering (potong kecil, tukar cili padi lagi terbaik woo)
Cendawan yang dah diceraikan
Ayam potong kecil-kecil (suka hati lah nak guna bahan basah apa pun, tak guna pun takde dosanye haha)
Sayur ( suka hati awak jugak lah nak guna sayur apa, sekali lagi tak dosa kalau tak guna)
Sos tiram
Sos ikan
Perasa, garam, serbuk lada hitam
Minyak bijan
 Cara dia;
- Tumis bahan tumbuk dan masukkan bahan basah
- Tolakkan bahan tumis tepi sikit pastu pecahkan telur buat scramble. Tapi aku lagi suka buat scrambled egg ni asing sebab pada aku kalau campur dengan bahan tumis nanti telur serap bahan tumis tu so kurang la rasa rencahnya. Kalo scramble telur asing nanti bila masuk nasi masuk la sekali telur tu tapi suka hati awak lah nak camne pun
- Masukkan pulak cili kering dengan cendawan. kalau kau guna sayur yang keras macam lobak ke kacang panjang ke, masukkan sekali masa ni iye
- Tuang sos tiram anggaran satu sudu besar gitu, sos ikan satu sudu kecil gitu
- Masukkan nasi dengan sayur. Sebatikan nasi dengan bahan tumis
- Perasakan la dengan perasa, garam dan lada hitam. kalau kurang rasa tu just tambah bahan-bahan ni je plus sos ikan.
- Bila dah puas hati dengan perasa tu tuang minyak bijan. Sikit je ye! Dalam 3 4 titik macam tu, kalau terlebih maka dapatlah Nasi Goreng Bijan.

Here my version! Suami tambah berpinggan-pinggan hehe